Saya Kepenatan…
Assalamu’alaikum Wrt Wbt dan salam sejahtera buat pengunjung (surfers) yang saya hormati.
Bila semak kalendar..hari ini dah masuk 23 haribulan!!! Begitu cepat tempoh 24 jam sekarang. Benarlah seperti yang diriwatkan di dalam hadith Sahih tentang tanda-tanda peristiwa akhir zaman ini.
Sejak dari pertengahan bulan Januari hinggalah ke saat ini…pelbagai perisitiwa yang telah saya lalui. Tekanan memang wujud, mujurlah ada kenalan online dan offline yang dapat memahami apa yang saya lalui walaupun tak semua saya dapat kongsikan pada anda semua..Ya…saya memang seorang yang kuat berahsia. Inilah diri saya, agak payah nak berubah menjadi seorang yang tak kuat berahsia dan sharing is caring seperti yang disarankan kawan saya
Sebulan dua ini juga saya telah memindahkan semua blog dan produk digital ke hosting yang datacenter made in US. Terima kasih kepada pihak ProfitHoster.com (Pengusahanya anak tempatan) yang sanggup bersusah payah melakukan proses yang rumit dan memenatkan. Bukan bermaksud tidak menyokong lagi syarikat hosting tempatan, cuma mahukan sedikit perubahan ke arah yang lebih baik demi untuk kepentingan para pengunjung dan pembeli produk yang sekian lama menyokong saya.
Sebulan dua ini juga banyak produk-produk digital baru yang dilancarkan, dikemaskini dan bakal diterbitkan semula. Semuanya mempunyai sasaran dan niche-niche tertentu. Saya dah tak sabar-sabar untuk melihat kerancakan industri penghasilan ebook ini.
Untuk produk sulung saya – Panduan Beli Ebook juga dalam proses kemaskini. Pernah saya hampir menyiapkan satu bab tetapi bila diteliti kembali, saya terpaksa buang kesemuanya kerana tiada kesinambungan antara bab dengan bab. Begitu juga dengan satu produk teknikal yang sedang saya usahakan – pun kena rombak semula. Kualiti produk harus dijaga, betul tak
Saya juga diberi peluang oleh seorang usahawan internet yang memang dah feymes untuk “demo live” beberapa produk keluaran beliau. Itu tidak lagi campur tips-tips untuk memantapkan lagi ilmu untuk menjadi usahawan internet. Memang sangat teruja kerana bukan senang dapat peluang sebegitu rupa.
Pada bulan ini juga, banyak tugasan yang telah menunggu untuk saya siapkan. Semuanya memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Apa yang mampu saya buat sekarang adalah memberikan keutamaan kepada tugasan yang perlu dilakukan mengikut urutan berdasarkan masa yang Allah telah bagi dengan cantik kat kita semua. Memang saya kepenatan. Dah lama tak hadapi saat-saat yang sukar dan penat macam ni. Malah ada yang dah tegur saya kerana rupa saya dah tak sehensemperti dulu.
Justeru saya memohon kemaafan sekiranya review yang sedia ada masih lagi berstatus draft. Boleh sahaja nak tekan butang “publish”. Tetapi biarlah review yang bakal dihasilkan itu dapat membantu pengguna yang baru atau sedia ada memahami peri pentingnya produk yang bakal dibeli. Saya yakin, selain blog ini, masih lagi terdapat blog review produk digital yang sangat bagus dan mantap dari segi isi kandungannya.
Saya mengakhiri post ini, saya ingin kongsikan anda satu berita:
Pihak RizaNiaga.com telah menambah satu program affiliate baru. Produk terkini yang dimasukkan adalah “Pakej Tutorial Sistem Borang” yang dihasilkan oleh Usahawan Internet terkenal, iaitu Saudara Mohd Amirol Zolkifli. RizaNiaga.com merupakan reseller yang sah dan berdaftar.
Agen affiliate sedia ada boleh menyertai program affiliate menerusi link yang telah disediakan. Untuk agen baru yang ingin mendaftar, sila isikan maklumat anda di http://rizaniaga.com/joinus
Komisen asas yang ditawarkan adalah 50% dari harga jualan.
Ini bermakna, RM 40 x 50% = RM 20
Jika anda mencapai 2 unit jualan dan ke atas dalam tempoh sebulan, (dan bulan yang seterusnya), nilai komisen akan ditambah ke RM 5 (12.5%) untuk setiap jualan.
Ini bermaksud; 2 x (RM 40 x 62.5%) = RM 50
Semoga insentif yang tidak seberapa ini akan menyemarakkan usaha anda menghasilkan pendapatan sampingan/tetap melalui program affiliate.
Salam Hormat dan Ceria Cemerlang buat anda semua…
-KomenEbook-



Oh, sudah berpindah ke US. Ramai juga yang hosting di luar negara
Ya, begitulah ceritanya..ada rasional disebalik perpindahan itu
Boleh kongsikan, apa rasionalnya?
.-= mykrk´s last blog ..محادثة/MUHADATHAH/PERBUALAN/KOMUNIKASI/DIALOG : مـَــا فـِــيـْــه ِ مـُــشـْــكـِــلـَــة : Tiada Masalah : No Problem =-.
Saya telah emailkan jawapan saya pada puan..semoga Puan berpuas hati dengan jawapan yang saya berikan
data center US lebih “Kuat” berbanding datacenter “Malaysia”// huhu..
Ini hakikat yg masih membuntukan
Fakta benar yang membuntukan, pahit untuk ditelan tapi terpaksa diakui