Siapa Komenebook?

Assalamu’alaikum Wrt Wbt dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke komenebook.com. Laman ini secara rasminya dilancarkan pada Bulan Januari 2008. Pemilik laman ini menggunakan nama samaran “KomenEbook”. Namun ada juga kenalan yang meletakkan nama “Rizal KomenEbook”.

Blog ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan ebook yang terbaik, produk fizikal, perkongsian maklumat, pendapat peribadi dan juga maklumat-maklumat lain yang boleh dimanfaatkan. Kebanyakan maklumat yang dipaparkan pada weblog ini berdasarkan dari pengalaman saya; ekperimen dan perkongsian cerita dari kenalan rapat saya.

Saya merupakan seorang blogger dan penulis ebook sambilan. Sebagai blogger/penulis ebook sambilan, tentulah saya saya jarang untuk melakukan post artikel yang kerap. Malah, rating weblog ini sudah pasti akan sentiasa dalam fasa “turun-naik”. Ia memang dibuktikan melalui ranking yang dikeluarkan oleh pihak Alexa.

Selain dari aktif bersukan, saya amat suka melakukan pelbagai eksperimen untuk membuktikan sesuatu. Eksperimen yang dilakukan itu penting untuk menambahkan pengalaman, dan untuk weblog ini – membuktikan bahawa produk ebook itu benar-benar bagus atau tidak.

Saya turut menulis artikel dalam bahasa inggeris tetapi menggunakan konsep “broken english and ignore grammatical rules”. Pernah artikel saya ditolak oleh pihak editor kerana tulisan menggunakan konsep “gila-gila” tersebut. :-) – ada maksud tersirat kenapa saya sanggup berbuat demikian.

KENAPA KomenEbook?

Komen bermaksud “sebarang kata-kata yang yang ditulis atau diucapkan yang mana ianya cenderung untuk memberi pendapat mengenai, menjelaskan atau mengkritik sesuatu peristiwa, orang, keadaan dan sebagainya” (Oxford, 2007).

Komen itu pula boleh menjadi komen positif, komen membina, komen bias, komen emosi, komen membodek, dan komen negatif. Semua itu bergantung kepada sejauhmana pengalaman yang dilalui seseorang, atau hasil keputusan yang diperolehi, bergantung kepada niat asal pemberi komen.

Manakala ebook pula merupakan satu teks penyampaian bacaan dalam bentuk digital. Terdiri dari pelbagai genre ilmu pengetahuan yang menggunakan perisan khas yang boleh dipaparkan pada komputer mahupun peranti khas ebook.

Malah, ebook sangat berbeza dengan buku bacaan/ilmiah yang biasanya boleh diperolehi di kedai-kedai mahupun perpustakaan.

Jadi, dari situ, timbul idea untuk menggabungkan nama komen dan ebook menjadi satu niche yang pada pandangan saya ada kekuatannya tersendiri.

Namun, saya secara jujurnya, memberi komen untuk sesuatu perkara (di sini merujuk kepada produk digital seperti ebook, dan produk bukan digital lain) itu sebenarnya payah kerana ia memerlukan pelbagai penelitian dan tidak boleh hentam keromo. Barulah komen itu dikira komen yang jujur dan ikhlas – Komen yang berautoriti.

Komen berautoriti pula berbalik kepada tahap penerimaan setiap individu. Ia terlalu subjektif dan agak sukar untuk dihuraikan.

Antara pengalaman yang paling mencabar adalah menerima email yang meminta saya “menghentam” produk keluaran seorang Internet Marketers (IM) Malaysia. Namun, saya tidak akan memberikan apa-apa komen (positif atau negatif untuk mana-mana produk) sehinggalah saya sendiri melakukan sedikit eksperimen. Apapun, saya menganggap ini merupakan satu cabaran utama kepada saya.

Saya akan cuba memberikan komen yang seikhlas mungkin, berdasarkan perkongsian pengalaman kenalan, pengalaman sebenar, pembacaan saya dan eksperimen yang dilakukan untuk memastikan kualiti weblog ini benar-benar memenuhi aras kualiti yang telah saya tetapkan. Hanya maklumat yang betul-betul memberi manfaat sahaja akan diletakkan dalam weblog ini.

Wujudnya weblog ini juga atas kesedaran untuk menyedarkan para surfers khususnya newbie (orang-orang yang baru berjinak dengan internet) supaya tidak tersalah untuk memilih haluan yang betul untuk mencari maklumat yang tepat dan benar.

Tidak dapat dinafikan, blog dan website untuk menambahkan pendapatan sampingan semakin bertambah, dari hari ke hari. Maklumat yang diperolehi itu semakin bertambah dan kadangkala boleh menjadi tepu (overloaded). Maka, tidak hairanlah, pelbagai jenis maklumat berkait “peluang menambah pendapatan” itu wujud.

Tidak salah untuk mencari pendapatan, cuma saya berharap, biarlah pendapatan yang diperolehi itu, pada jalan yang betul dan tidak menipu.

Segala maklumat berkait ebook terpilih saya letakkan pada ruangan  “Review Produk Digital”. Saya hanya lakukan proses review untuk produk-produk yang boleh memberikan manfaat kepada pengguna sahaja. Senarai review akan ditambah dari masa ke semasa. Begitulah juga sekiranya ia melibatkan pendapat, perkongsian maklumat  atau isu-isu terpilih.

Blog ini telah melalui proses kemaskini (dan akan terus dikemaskini dari masa ke semasa). Segala komen dan cadangan, saya terima dengan hati yang terbuka. Anda boleh menghubungi saya di ruangan hubungi yang telah disediakan.

Saya kini telah melalui proses Vīvā Vōce untuk tesis peringkat sarjana – MSc. Mgt (Risk Management). Risk Management atau Pengurusan Risiko masih lagi baru di Malaysia. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari, diterokai dan dikaji…alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sekiranya anda berminat dengan penyelidikan yang telah dilakukan, layari ahmadrizal.com

Akhir kata, saya memohon jutaan kemaafan sekiranya apa-apa kenyataan atau komen yang saya berikan tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya akan untuk memperbaikinya demi memastikan kualiti weblog ini menepati standard yang telah saya tetapkan.

Selamat Berkongsi Ilmu-Nya