Sistem Affiliate Lite – Satu Pembaharuan Untuk Usahawan Internet

Posted by on March 6, 2009 in Review Produk Digital | 9 comments

Sistem Affiliate Lite – Satu Pembaharuan Untuk Usahawan Internet

(PERINGATAN : Review ini berdasarkan skrip versi 1.0  dan bukan berdasarkan versi 2.0. Satu review khas berkaitan versi 2.0 akan diterbitkan kelak. Versi terkini adalah 2.5.3 – admin)

AFFILIATE DAN SISTEM AFFILAITE SECARA RINGKAS.

Ia merupakan satu peluang perniagaan yang berasaskan “konsep menang-menang” (win-win situation) yang mana orang yang mempromosikan produk (disebut agen) akan diberikan sejumlah ganjaran biasanya berbentuk wang (disebut komisen dalam kadar peratusan yang telah ditetapkan) sebagai balasan memperkenalkan produk pada pengguna umum pada syarat yang telah ditetapkan oleh penjual produk. Kaedah affiliate ini boleh wujud dalam produk fizikal atau produk digital. Ia juga boleh wujud secara percuma ataupun berbayar.

Dalam bahasa mudahnya,

“Jika kamu promosikan produk saya, saya akan berikan komisen!”

Yang menjadi permasalahan dalam affiliate adalah kaedah yang diguna pakai oleh pengeluar produk untuk diagihkan kepada agennya. Amatlah sukar dilaksanakan secara manual. Justeru, untuk mengagihkan komisen yang diperolehi agen, pengeluar produk perlu memiliki satu sistem yang memudahkan urusan yang berkaitan. Untuk perniagaan online, pengeluar produk memerlukan satu skrip khas yang diperolehi secara percuma ataupun berbayar. Sistem inilah yang bertindak sebagai “juru kira-kira” ataupun “kerani akaun” kepada pengeluar produk.

Sistem yang dilaksanakan ini mampu menganalisis agen mana yang melakukan jualan terbanyak, tersikit, dan takda langsung :-) . Kebaikannya, pengeluar produk tidak akan “sakit kepala” untuk melakukan proses pengiraan komisen atau mengetahui sejauhmana jualan produk setiap hari, bulan ataupun tahun.

PENTINGKAH SISTEM AFFILIATE INI PADA PENGELUAR PRODUK?

Sebenarnya ia bergantung kepada keperluan dan kekuatan produk itu sendiri. Biasanya, sistem affiliate digunakan oleh pengeluar produk pada peringkat pengenalan sahaja. Bila produk yang dijual itu telah mencapai sasaran penjual, maka ia akan “ditutup dan dikhaskan” kepada agen yang pernah mendaftar sebelumnya.

Saya juga pernah mengalami situasi ini untuk beberapa produk. Jadi, terlepaslah peluang untuk menjana pendapatan secara sambilan :-)

SATU PEMBAHARUAN OLEH AMIROL…

Inilah satu produk terkini yang diperkenalkan oleh Amirol khas untuk usahawan internet Malaysia yang hanya memfokuskan kepada pasaran tempatan dan separa global. Sistem ini adalah adaptasi dari skrip yang digunapakai oleh beliau dalam produk Pakej Web Jualan Evolusi. Pendek kata, segala-galanya sangat berubah berbanding skrip lama.

Pemasangannya juga cukup mudah kerana telah ditunjukkan satu per satu dalam skrip yang dibekalkan. Saya sangat teruja kerana tak perlu menghabiskan masa yang terlalu lama sewaktu melakukan proses setup. Melalui eksperimen yang saya lakukan, saya berjaya setup sistem ini dalam masa 15 hingga 25 minit. Paling cepat 15 minit.

Jadi, secara tak langsung, produk ini telah mewujudkan satu ruang perniagaan tambahan kepada mereka yang hanya menawarkan perkhidmatan setup sistem affiliate :-)

MATERIAL SOKONGAN YANG DISEDIAKAN

Untuk pengetahuan, sebaik sahaja saya memiliki produk ini, saya terus pasang sambil menonton kesemua video yang telah dibekalkan oleh beliau. Inilah kaedah biasa yang saya buat untuk produk teknikal yang disertakan dengan video tutorial. Jimat masa dan tak perlu mengadap komputer lama sangat..lama-lama mengadap boleh sakit mata juga woo..

Berikut saya senaraikan kandungan video yang telah disediakan beliau (dalam kurungan adalah durasi video) dan sedikit penerangan ringkas:

  • video 1: pengenalan ( 4.42)
  • video 2: membina database MySQL sistem affiliate lite ( 4.43)
  • video 3: memasukkan table sistem affiliate ke dalam database menerusi phpMyAdmin ( 4.33)

- paling penting kerana proses ini adalah cara memasukkan script dengan kaedah kedua.

- ada 6 tables, yang percuma hanya ada 5 sahaja

- diterangkan cara nak ubah “admin”

  • video 4: melakukan konfigurasi script sistem affiliate lite (14.16)

- 3 perkara terpenting diceritakan seperti, konfigrasi, setup komisen affiliate dan perjalanan kod tracking

- proses setup diceritakan satu per satu oleh amirol, setting imej, nama perniagaan, redirects, pembayaran online dan paypal, memasukkan kod tracking, setting pada laman web utama

- harus berhati-hati di sini kerana proses setting di sini amat penting untuk difahami

- saran tengok video ini berkali2

  • video 5: integrasi sistem borang dan sistem affiliate (4.27)

- 4 proses integrasi sistem affiliate pada sistem borang telah diceritakan, namun telah dimudahkan

- tak perlu setting apa2, hanya copy dan paste ke laman web jualan utama

- dan upload sahaja!

  • video 6: integrasi sistem affiliate dan paypal (5.26)

- 4 proses terlibat dari tatacara pembelian hingga ke ruangan download

- setting dengan paypal ditunjukkan (langkah asas)

  • video 7: memindah naik fail sistem affiliate ke hosting (2.57)

- penerangan secara ringkas sahaja (tapi langkah penting ditunjukkan)

- amirol menggunakan core ftp

  • video 8: login ke dalam sistem-halaman admin & agen affiliate (7.50)

- ruangan admin (5 minit pertama), 8 tab menu, paling menarik statistik dan

- ruangan affiliator 7 tab menu, termasuk statistik ditunjukkan

- link untuk ujikaji telah disediakan – menarik!

  • video 9: uji kaji sistem affiliate (8.24)

- menggunakan akaun “demo” yang telah disediakan (jimatkan masa pengelola produk)

- cara pembelian turut ditunjukkan, dari landing page hingga ke ruangan terima kasih

- pembelian melalui paypal turut ditunjukkan (terus dibawa ke ruangan download kerana sistem paypal tak perlu diragui)

- 3 minit pertama

- sekiranya tiada masalah, statistik akan tunjukkan secara automatik jumlah jualan

- minit ke 4.50 ditunjukkan statistik untuk ruangan admin

- pada ruangan admin jumlah data dan rekod lebih lengkap

- boleh print invois dan hantar kepada agen affiliate

- paling penting di sini, admin perlu semak kesahihan data agen affiliate

- minit 7.30, review dan kesimpulan, tips berkaitan dengan konfigurasi sistem affiliate (kod tracking. alamat redirects)

  • video 10: ubah suai tema, berita & ruangan promosi (2.02)

- ubah akuan agen affiliate, berita dan pengumuman, terma dan notifikasi boleh diubah pada folder “temp” yang telah disediakan

- ruangan iklan promosi khas untuk admin turut disediakan

Video tutorial ekslusif lain seperti Pay Per Lead + Sistem Affiliate Lite, Affiliate Network dan preview 3 sistem affiliate pilihan Amirol tu, saya tak ceritakan di sini. Anda perlu dapatkan produk ini :-)

Produk ini juga disertakan dengan satu ebook manual yang bagi saya menjawab permasalahan dan persoalan yang berkaitan dengan affiliate; seperti pemahaman asas sistem affiliate, cookies, 3 jenis sistem affiliate yang digunapakai dan beberapa aspek teknikal yang berkaitan tentang sistem affiliate Lite.

KEISTIMEWAAN LAIN

Apa yang menariknya, sistem “lite” ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan pembeli skrip ini boleh mendapat kemaskini secara “online” menerusi ruangan khas yang telah disediakan pada paparan utama. Tak perlu buka apa-apa email atau pergi ke mana-mana website penyelia skrip. Selepas ini tak adalah yang dapat mengaku, affiliate skrip ini “kepunyaan peribadi atau hasil ciptaan sendiri” :-D

Pada paparan utama itu juga, lengkap dengan statistik jualan harian dan senarai agen yang berkaitan. Maklumat yang dipaparkan itu sudah memadai untuk pengeluar produk membuat analisis ringkas.

Sistem ini juga memudahkan urusan pembelian melalui online banking dan paypal. Sistem lite ini telah mengintegrasikan (gabungkan) data agen vs sistem pembayaran. Pengusaha produk tak perlu setup dua database yang berbeza. Penjimatan tahap extra…

EKSPERIMEN SAYA:

Saya telah mengaplikasikan apa yang dipelajari melalui sistem yang diperkenalkan Amirol ini untuk satu minisite contoh. Anda boleh klik dan lihat sendiri di sini:

RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA:

Pro: Sistem Affiliate

  • mesra pengguna dan pemasangan yang tidak cerewet
  • skrip disertakan dalam dua versi, Melayu dan Inggeris
  • skrip boleh dikemaskini secara percuma oleh pembeli yang sah
  • video dan ebook edisi Bahasa Melayu sepenuhnya
  • ruangan statistik yang menjimatkan masa
  • apa yang dipelajari boleh dibuat perniagaan secara online: khidmat memasang skrip affiliate versi lite.
  • harga yang sangat berpatutan dan cukup murah

Kontra: Sistem Affiliate

  • skrip berasakan php akan mengalami “bug”. Namun ianya telah diatasi. Malah “bug” yang terjadi pada awal pemasangan produk ini telah diselesaikan. Boleh rujuk kepada “history” yang telah disediakan kepada pengguna yang memiliki produk ini secara sah.
  • tersilap pasang boleh menyebabkan sistem gagal berfungsi. Justeru, fahami dan tonton berkali-kali manual video yang diberikan
  • tidak sesuai untuk yang tiada domain dan hosting.

INFO & Profail RINGKAS

Judul Ebook : Sistem Affiliate
Genre : Teknikal
Nama Pengarang : Mohd Amirol bin Zolkifli
Nama Samaran : Amirol
Harga : RM 40.00
Ketebalan : Tiada Maklumat
Blog Rasmi : mohdamirol.com
Sokongan : Video Tutorial, Ebook & Support
Rating Ebook : 4 / 5
Alexa Page Rank : 1,752,492

Kejayaan demi kejayaan para usahawan internet semakin berkembang di Malaysia. Mungkin anda salah seorang yang memiliki peluang ini. Jangan bazirkan duit anda dengan sia-sia. Mungkin anda bukan seorang usahawan internet sepenuh masa, namun anda boleh manipulasi sistem ini dengan sediakan ruang perkhidmatan bina sistem affiliate. Dapatkan Sistem Affiliate “Lite” ini dan mulakan usaha anda untuk mencipta kekayaan dengan cara yang betul dan halal.

Sistem Affiliate Lite Versi 2.5.3 telah dikemaskini. Informasi lanjut boleh didapati di sini

 

 

Ahmad Rizal Razali (atau KomenEbook). Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perbankan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berkelulusan Sarjana Pengurusan Risiko (melalui penyelidikan). Kajian berkaitan boleh diperolehi menerusi AhmadRizal.com. Kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkan Ph.D. Menjadikan blog sebagai hobi sambilan. Juga menyediakan khidmat setup blog, website, shopping cart, review produk digital dan setup skrip di RizaNiaga.com

9 Comments

  1. Hm..
    Nak neli ke, tak nak..
    Pikir dulu la

    Zairi Zaidi´s last blog post..Forum Strategi Blog

    • Hi Zairi, Jika ada produk (digital atau fizikal) yang sesuai, boleh aja pakai sistem affiliate (skrip percuma atau berbayar). Script yang saya review ini adalah berbayar. Ia berbaloi dan lebih baik dari script percuma yang lain :-)

  2. aku rasa aku dah beli aritu. Memang best. :twisted:

  3. tgh korek tabung gak ni pk nak beli.. sistem affilate yg sy gune skang ni problem je lg.. baru buat smalam, tp ade mslh kat affiliate link, xtaw nak wat cane.. huhu

    p/s; ni la padahnye cari yg free jer.. haha

    • memang sangat berbeza free version dengan premium version. Lagipun harga yang ditawarkan sangatlah murah, jika berbanding dengan nilai produk :mrgreen:

  4. Salam, apakah perbezaan atau persamaannya dengan ‘delavo’?

    Terima kasih.

    • Kedua-duanya langsung tiada mempunyai persamaan :-) .

      Skrip Affiliate Lite ini hanya khusus untuk pengeluar produk untuk menganjurkan program affiliate.

      Manakala Delavo lebih luas penggunaanya. Segalanya boleh dilakukan di situ. Ramai juga pakar Delavo kat Malaysia. Mohd Amirol adalah salah seorang yang berkemahiran dalam penggunaan Delavo. Saya juga sedang mempelajari Delavo :-)

      Sebagai pengenalan kepada Delavo, MyKrk boleh ke post ini http://www.mohdamirol.com/2009/08/31/sistem-pengurusan-jualan-internet.html

      semoga ia menjawab kemusykilan yang dikemukakan.

      • Terlebih dahulu tahniah kerana saudara telah berjaya mengaplikasikan Delavo dalam urusan bisnes saudara. Jadi boleh atau tidak jika saya simpulkan di sini bahawa dengan Delavo kita tidak perlukan sistem Affiliate, easy order form dan seumpamanya? Maaf jika soalan saya ‘tidak kena’.
        Terima kasih.

        • Dengan penggunaan Delavo, kerja2 yang memenatkan seperti yang dinyatakatan Puan, memang tak diperlukan lagi. Delavo banyak menjimatkan masa dan tenaga. (Cuma kena fahami logik dan teknikal Delavo sahaja)

          p/s:Maaf kerana lambat menjawab, betul2 tak perasan :sad:

Leave a Comment

Email anda tidak akan dipaparkan. Ruang bertanda * mesti diisi


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>