Panduan Asas Membina Blog Wordpress - Pakej Kit Blogger
Friday, February 29th, 2008ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to mastering wordpress. All instruction and supporting video regarding to this ebook is easy to understand and straight forward. It should be noted that, this ebook is suitable for dummies / beginners in wordpress. Panduan Asas Membina Blog Wordpress is narrated by Smartzul.
SAYA DAN WORDPRESS
Untuk pengetahuan, saya mula menyedari kecanggihan dan kunikan wodpress ini sewaktu surf ke satu website yang memaparkan koleksi ringtone yang boleh di download secara percuma (tapi tak semua percuma la!..biasa, gimik dalam pemasaran). Saya hairan bagaimana, blog yang sebegini rupa, ada google adsense, siap ada "tab pages" lagi. Dalam blogspot, untuk buat tab pages, perlukan skrip dan kemahiran tertentu.
Lagipun, saya bukanlah pakar dalam programmer. Setakat ada basic html aje. Jadi, selepas itu, bermulalah saya mencari jawapan kepada masalah yang saya nak selesaikan. Cari punya cari, jumpalah website wordpress.org dan wordpress.com. Setelah lama explore dan belajar ala-ala kadar dalam wordpress.com, barulah saya terjumpa weblog keluaran Smartzul...di situlah saya mula-mula berjinak dengan wordpress dengan domain dan hosting sendiri.
Untuk komenebook kali ini, saya lebih menjurus ke arah wordpress yang menggunakan domain dan hosting berbayar dari yang percuma.
KEPENTINGAN WORDPRESS
Wordpress.com merupakan salah satu dari 20 jenis kategori blog yang popular di dunia ini. Dianggarkan, lebih dari 1.15 juta orang kat dunia ni mendaftar dengan wordpress.com. Dikatakan, banyak perbezaan yang boleh anda bandingkan dengan blogspot (platform google).
Wordpress adalah lebih user friendly (mesra pengguna) berbanding komuniti blog lain. Tambahan pula widget yang disediakan lebih "cool" dan "tip-top". Ops...peminat blogspot jangan salah sangka, apa yang saya nak jelaskan, setiap platform blog ada kekuatan masing - masing. Pendek kata, wordpress tergolong dalam satu komuniti yang berbeza.
Bagi saya, semua tu bergantung kepada sejauh mana seseorang memanfaatkan "features" yang disediakan oleh platform blog. Macam pengguna Windows dengan geng-geng Unix la...semua ada peminat dan kekuatan masing-masing kan?
Ok, salah satu kelebihan wordpress adalah, anda boleh lebih "bebas" berkarya, meluahkan apa saja, dengan syarat, anda mempunyai domain dan hosting sendiri. Jika ada yang masih tidak tahu kepentingan memiliki domain dan hosting sendiri, sila luangkan masa untuk membaca komen saya yang berkaitan dengan domain dan hosting di sini.
Tags: belajar wordpress, blog, ebook, ebook Pakej Kit Blogger Smartzul, Ebook Tumpuan, experience, koleksi smartzul, Malaysia Internet Marketers, Panduan Asas Membina Blog Wordpress, various ebooks, wordpress










