Smartzul Mendedahkan Rahsia Blog Dengan Wordpress - Senang Dan Mudah : Edisi Bahasa Malaysia. Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress  
Komen Tentang Ebook, Produk Internet Terbaik, Kongsi Pengetahuan, Comment(s) for Knowledge and Sharing

Bersakit-Sakit Dulu, Bersenang-Senang Kemudian

Tuesday, April 8th, 2008

Minggu lepas sungguh menyeksakan kerana server kat tempat saya down. Rasa bersalah jugak pada IM Mohd Amirol kerana saya ada berjanji sesuatu dengan beliau. Dan kelmarin pun, saya dah beransur-ansur sihat. Aktiviti terlalu banyak, tak cukup tidor dan fikir untuk menyelesaikan beberapa masalah antara penyebab saya tak berapa sihat minggu lepas.

Semalam (07 april 2008), saya berkesempatan untuk berkunjung ke beberapa blog. Ada yang sekadar saya baca, sekadar bagi komen dan sekadar tinggal "muka". Apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada Kakeru, kerana sudi menganugerahkan saya entitled "antara pelawat paling rajin". Saya ni, tak la rajin sangat kakeru, biase-biase jer.. :-)

Atas inspirasi yang saya dapat dari kakeru kelmarin, saya pun nak kongsi sikit kejayaan saya sekitar bulan February dan March baru-baru ni. Terlebih dulu, 10 jari saya susun ampun, bukan niat saya untuk berbangga dengan apa yang saya dapat. Cuma saya teringat peribahasa dulukala "bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian", dan sekadar ingin berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini.

Buat surfers yang kategori ulats-ulats buku, rajin-rajinla luangkan masa berkunjung ke blog kakeru kerana banyak maklumat yang telah beliau persembahkan.

Dan, saya kongsikan satu cerita panjang buat anda semua.

(more...)

Tags: , , , , , ,