Blog Dan Cara Untuk Memanfaatkannya
Friday, February 29th, 2008Blog merupakan trend yang menjadi kegemaran masakini. Ia merupakan tempat untuk ‘melakar' segala pendapat, luahan emosi dan perasaan, medium hiburan dan komuniti sosial, dan yang paling digemari ramai sekarang: mengembangkan sayap perniagaan. Tahukah anda bahawa benua Asia merupakan pengguna (bloggers) tertinggi berbanding benua Eropah dan Barat?Statistik kepenggunaan blog seperti yang dinyatakan oleh Edelmen melalui "A Corporate Guide to the Global Blogosphere" menunjukkan Jepun merupakan bloggers yang paling aktif (74%), diikuti oleh penduduk Korea (43%) dan seterusnya negara China (39%).
Sekiranya merujuk kepada penggunaan bahasa pengantar, Bahasa Inggeris masih menjadi pilihan iaitu 39%. Jepun di tangga kedua (31%); dan China pada 12%.
Sekiranya digabungkan fakta ini dengan kenyataan di atas, sudah cukup untuk membuktikan ‘Pemenang Keseluruhan' jatuh kepada benua Asia. Tambahan pula, Asia sememangnya benua paling luas di bumi ini
Apa yang saya ingin nyatakan di sini, blog merupakan satu tempat yang PALING SESUAI untuk menukarkan gaya hidup mengikut acuan anda. Apatah lagi sekiranya anda seorang kaki biznes!
Tags: blog, blogspot atau wordpress, cara memanfaatkan blog, duit sampingan, ebook, google adsense, kongsi pengetahuan, niche-word, panduan membeli, perkembangan blog, rakan affiliate










