Wednesday, June 11th, 2008
(Salam) dan Salam hormat;
Khas buat kenalan online, pengunjung dan pemberi komen yang saya hormati.
Saya ingin memaklumkan kepada anda semua, saya tidak akan online pada weblog ini; dan membaca/membalas sebarang email dari sesiapa yang berkenaan untuk sekitar Jun 2008 ini.
Ini kerana saya ingin menyelesaikan beberapa masalah peribadi yang tidak dapat saya elakkan. Ia memerlukan satu tempoh yang agak lama untuk diselesaikan. Saya juga seorang insan biasa, turut mempunyai kelemahan dan keterbatasan. Kalo superman tu lainla.
. Paling pasti, ranking weblog ini pasti akan turun mendadak jika diukur dengan ranking alexa. (Huhu..sedihnya!)
Moga-moga selepas ini, semua kesulitan yang saya hadapi sekarang dapat diselesaikan dan kembali fresh....dapat online, membuat ulasan berkaitan ebook, membaca dan membalas email berkaitan, dan meneruskan aktivit-aktiviti lain seperti biasa.
Justeru, saya ingin memohon jutaan kemaafan pada anda semua, kenalan online, pengunjung weblog dan pemberi komen yang amat saya hormati kiranya sepanjang saya berkecimpung dengan komuniti online dari Januari hingga ke tarikh post ini ditulis; saya ada melakukan sebarang kesilapan atau keterlanjuran dalam memberi mana-mana ulasan berkaitan ebook atau mengemukakan segala luahan atau pendapat peribadi saya.
Apapun, saya telah "on" kan kembali ruangan Sitemap. Jadi, itu sahaja antara koleksi post yang telah saya keluarkan semenjak kali pertama saya berblog. Dari 17 unique visitors sehinggalah mencecah lebih 1631 unique visitors untuk 5 bulan ini. Bagi saya pencapaian memperolehi lebih 1600 unique visitors adalah bagus bagi seorang blogger sambilan kategori newbie macam saya.
PERANCANGAN SETERUSNYA...
INSYA' ALLAH, saya akan kembali aktif pada bulan Julai 2008 ini. Masih ada lagi senarai ebook yang masih belum saya buat ulasan, malah saya juga akan membuat ulasan untuk beberapa produk fizikal/digital. Draf dah ada, cuma kena baca dan pastikan maklumat yang bakal dikeluarkan itu tepat dan terkini.
Saya juga bakal mengeluarkan satu produk ebook (untuk Jualan) sekitar bulan Julai 2008 nanti. Ebook yang bakal saya dijual ini juga telah mendapat testimoni dari Internet Marketers dan pandangan dari rakan (online dan offline) saya yang lain. Ebook yang bakal dikeluarkan ini juga tidak akan diulas oleh saya. Ia bakal diulas oleh seorang blogger yang saya hormati. Jadi, sudah tentu lebih menarik!
Tajuk???Biarlah ia menjadi rahsia dulu. Bunyinya macam kelakar, tapi Ia sebenarnya satu isu yang sering menjadi masalah untuk sesiapa sahaja di alam siber ni.
Produk ini adalah Fresh dan Bukan kategori Reseller, Resale Rights (RR), Master Resale Rights (MRR), Private Label Rights (PLR) atau yang seumpamanya. Ia adalah hasil tulisan saya sendiri, sedikit demi sedikit, dari akhir tahun lepas lagi (2007).
Dari segi pembelian domain dan hosting, telah saya beli. Sama juga dengan ruangan Minisite (web jualan) untuk produk saya, telah saya siapkan sendiri (based pada Pakej Web Jualan Saudara IM Amirol). Nak kata simple sangat tak jugak, nak kata canggih, tak jugak..tengah2 la...hhehehe...cuma kena testing dulu dari beberapa segi teknikal.
Sepanjang hasilkan ministe ini, banyak perkara baru yang saya pelajari dan kesulitan yang saya alami..alhamdulillah, saya dapat selesaikan dengan bantuan kenalan online dan offline saya.
Dari segi harga pula, untuk sesi pengenalan ini, harganya adalah mampu-beli dicampur dengan beberapa bonus.
Fokus produk saya ni khas untuk newbie...dan sesiapa yang baru-baru nak berjinak dengan alam siber. Bagi yang expert pula, ia terpulang kepada anda.
Dan, apabila saya lancarkan produk ini, saya juga secara tak langsung mendedahkan nama rasmi saya pada komuniti online. Di awal penulisan, rasa macam tak nak dedahkan, lepas fikir panjang-panjang, baik saya dedahkan. Itu lebih baik
Setakat ini sahaja yang dapat saya luahkan pada post ini. Insya' Allah, saya akan kembali lagi...
Sekali lagi...saya memohon jutaan kemaafan semua...
Uberrimae-fidae [ maksudnya: "Utmost Good Faith" ]
Salam Hormat
**KomenebooK**
Tags: , ebook, khas, komuniti, minta maaf, tidak akan online
Posted in diari peribadi | 5 Comments »
Monday, June 9th, 2008
ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to earn income in Google Adsene. All instruction regarding to this ebook is easy to understand and straigh forward, but need to understand some basic html too. Generally, it has three levels strategies i.e. blogging strategies for: (a) beginners, (b) intermediate and (c) advanced, respectively. It is suitable for dummies to expert in adsense. Pakej Jana Wang Adsense Versi 2.0 (JWA) was written by Ahmad Munawwar.
p/s: Ini adalah sinambungan dari ebook berkaitan adsense bahagian pertama.
SEDIKIT PERINGATAN DARI SAYA
Kepada sesiapa yang belum membaca ulasan saya mengenai google adsense, saya sarankan anda membaca dua post yang berkaitan, iaitu tentang Labanon dan Shamsuriyadi.
Sila klik di bawah untuk mengikuti ulasan ebook:
Labanon lebih tertumpu kepada panduan asas, manakala
Shamsuriyadi lebih tertumpu kepada teknikal.
SATU PELANCARAN YANG MENAKJUBKAN
Saya berkesempatan menonton (eh..macam dalam pawagam pulak) secara live countdown mengenai Pakej Jana Wang Adsense ini pada 38 saat terakhir. Sungguh menarik dan saya tertunggu-tunggu apa kesudahannya. Bagi saya, ia satu cara pelancaran yang bagus dan penuh keyakinan.

Namun, akibat dari pelancaran pakej ini, saudara Munawar terpaksa berhadapan dengan masalah server down kerana dikatakan terlalu ramai yang mengunjungi website ini (dan membeli ebook keluaran beliau). Jika bercakap mengenai teori pemasaran dan pengiklanan, memang terbukti cara yang dibuat oleh saudara Munawar benar-benar berkesan. Syabas saya ucapkan.
LANJUTAN ULASAN BERMULA
Seperti yang pernah saya katakan pada post terdahulu. Ulasan mengenai Google Adsense amat sukar dan terlalu subjektif. Ini kerana, ia bergantung kepada beberapa isu teknikal dan tips-tips yang didedahkan oleh pakar adsense.
Jika dahulu, dunia internet Malaysia gempar seketika dengan kehadiran "Panduan Raja Adsense". Maka, sekali lagi tsunami mengenai adsense telah berjaya didedahkan oleh Munawar (A.Munawar).
Ramai yang berpendapat, inilah buku paling lengkap, paling sempurna mengenai adsense. Secara jujurnya, bagi saya, tiada yang lengkap atau sempurna. Logik akal la kan, tiada yang sempurna dalam dunia ni. Namun, secara teknikalnya, ebook ini memang menepati, memenuhi dan menjawab semua kriteria yang diperlukan dalam menjana wang melalui google adsense. (more...)
Tags: blog, ebook, Ebook Tumpuan, experience, google, koleksi munawar, labanon, Malaysian Internet Marketers, munawar, munawwar, Pakej Jana Wang Adsense, rahsia dan panduan google adsense, shamsuriyadi, various ebooks
Posted in Ebook Tumpuan, koleksi munawar | 1 Comment »
Tuesday, May 27th, 2008
ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to earn income in Google Adsene. All instruction regarding to this ebook is easy to understand and straigh forward, but need to understand some basic html too. It is suitable for begginers / dummies in adsense. Panduan Raja Adsense Versi 3.0 was written by Mohd Shamsuriyadi Mamat.
p/s: Penulis akan cuba mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa. Review produk ini berdasarkan pembelian yang dibuat pada sekitar tahun 2006 - 2007. Komen ebook berkait post ini akan berubah setelah penulis mendapatkan versi terkini.
SAYA DAN GOOGLE
Kalau nak sebut pasal google ni, saya selalu teringat dalam kuliah subjek perakaunan sewaktu saya belajar dulu-dulu. Lecture saya selalu ingatkan kami tentang kepentingan mencari bahan di google. Pesannya sentiasa saya ingati - gunakan kemudahan google sebaik mungkin. Jangan cari bahan-bahan yang takder faedah di sana.
Itu yang membuatkan saya selau seach bahan dengan menggunakan search engine google. Pendek kata, sekiranya siber kafe yang saya masuk tu, takde google, saya tak akan guna. (bila fikir semula, nak tergelak jugak - sebab: kalo guna search engine yahoo pun takper!, pendek akal betul..hehehe). Begitulah besarnya pengaruh google pada saya.
Namun, saya mula menyedari kepentingan google apabila selalu klik pada ruangan "ads by google". Banyak pulak kilik tu. (untungla sape2 pengiklan yang saya klik). Saya mula terfikir, kenapa ada ruangan iklan dalam google? Masa tu, saya langsung tak terfikir untuk buka akaun dengan Gmail. Bagi saya, guna yahoo mail pun dah cukup.

Kemudian, selepas saya menamatkan ijazah dan sempat mengajar di salah sebuah IPTS, setiap pagi atau tengah ari, saya sempat memerhatikan kawan saya buat blog (blogspot). Saya selalu terfikir, kenapa dia ni selalu buat blog? Membazir masa betol! Lagipun, masa tu, saya kureng dengan komuniti online ni.
Berbalik kepada post kali ini. Jika pada post terdahlu, saya hanya mengulas (review) ebook berkait tip dan trik yang telah diterangkan dengan baik oleh saudara Labanon. Maka tibalah masa untuk sesiapa yang betul2 berminat dalam adsense mempelajari perkara teknikal asas dalam adsense.
Inilah yang ditekankan oleh Sham dalam ebook Panduan Raja Adsense. Pandangan peribadi saya, Sham merupakan seorang yang rajin membuat ebook. (anda boleh check beberapa ebook yang telah saya review pada ruangan "Koleksi Sham". Yang terkini, beliau telah menghasilkan siri ebook yang bertajuk "Siri Panduan Pengiklanan - Pengiklanan Memaksimakan Keuntungan"
Sham telah membongkarkan rahsia beliau menjana pendapatan dalam program adsense. Let's check it out! (more...)
Tags: , blog, ebook, Ebook Tumpuan, experience, google, koleksi shamsuriyadi, malaysian internet marketer, panduan raja adsense, shamsuriyadi, various ebooks
Posted in Ebook Tumpuan, koleksi sham | 8 Comments »
Sunday, May 11th, 2008
ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook guide us tips and tricks in Google Adsense (adsense). All instruction regarding to this ebook is easy to understand, lots of motivation and straigh forward. It is recommended for begginers / dummies in adsense. 101 Tip Adsense Terbongkar was written by Adly Mukhtar a.k.a Labanon.
p/s : setelah berfikir panjang dan terikat dengan pelbagai program yang padat, saya akan post artikel yang berkait dengan ebook keluaran Labanon dulu. Kemudian untuk 2 orang IM lain (Munawwar dan Shamsuriyadi). Labanon merupakan salah seorang IM termuda dan berjaya di Malaysia.
SAYA DAN GOOGLE
Kalau nak sebut pasal google ni, saya selalu teringat dalam kuliah subjek perakaunan sewaktu saya belajar dulu-dulu. Lecture saya selalu ingatkan kami tentang kepentingan mencari bahan di google. Pesannya sentiasa saya ingati - gunakan kemudahan google sebaik mungkin. Jangan cari bahan-bahan yang takder faedah di sana.
Itu yang membuatkan saya selau seach bahan dengan menggunakan search engine google. Pendek kata, sekiranya siber kafe yang saya masuk tu, takde google, saya tak akan guna. (bila fikir semula, nak tergelak jugak - sebab: kalo guna search engine yahoo pun takper!, pendek akal betul..hehehe). Begitulah besarnya pengaruh google pada saya.
Namun, saya mula menyedari kepentingan google apabila selalu klik pada ruangan "ads by google". Banyak pulak kilik tu. (untungla sape2 pengiklan yang saya klik). Saya mula terfikir, kenapa ada ruangan iklan dalam google? Masa tu, saya langsung tak terfikir untuk buka akaun dengan Gmail. Bagi saya, guna yahoo mail pun dah cukup.
Kemudian, selepas saya menamatkan ijazah dan sempat mengajar di salah sebuah IPTS, setiap pagi atau tengah ari, saya sempat memerhatikan kawan saya buat blog (blogspot). Saya selalu terfikir, kenapa dia ni selalu buat blog? Membazir masa betol! Lagipun, masa tu, saya "kureng" dengan komuniti online ni.
Berbalik dengan post kali ini. Soalan saya: Anda suka tak dengar nasihat orang? Anda suka tak langgar undang-undang jalanraya? (kes-kes kecemasan, saya langgar jugak lampu merah!). pendek kata, jika nak buat apa-apa, kita mesti mengikut arahan, kita mesti mengikut panduan yang telah ditetapkan, barulah hasil darinya (outcome) akan nampak.
Inilah yang diterapkan oleh Labanon dalam ebook 101 Tip Adsense Terbongkar. Labanon merupakan seorang IM termuda kat Malaysia yang mempunyai potensi yang cerah untuk pergi lebih kilometer jauh. Ebook panduan ini antara panduan terbaik yang pernah saya baca.
Penuh dengan tips dan panduan yang tak pernah terfikir oleh saya. Let's check it out!
KEPENTINGAN / KELEBIHAN Adsense
Adsense merupakan satu revolusi pengiklanan yang paling berjaya. Maka tidak hairanlah, ianya merupakan satu port baik untuk menambahkan pendapatan kepada sesiapa yang betul-betul bersungguh ingin berjaya dalam program adsene. Setiap klik akan menghasilkan pendapatan buat mereka. (nak kata macam konsep affiliate itu, bolehlah - tapi tak sama ya). Siapa sangka, google telah mengatasi populariti gergasi lain seperti Yahoo dan MSN melalui adsensenya? Itulah yang telah dibuktikan oleh Google. (sekarang ni, jika anda perasan, ia penuh dengan pelbagai portal informasi lain seperti Gmail, Goolge Earth, dan sebagainya) (more...)
Tags: 101 Tip Adsense Terbongkar, ebook, Ebook Tumpuan, experience, google, koleksi labanon, labanon, Malaysian Internet Marketers, munawwar, rahsia dan panduan google adsense, shamsuriyadi, various ebooks
Posted in Ebook Tumpuan, koleksi labanon | 9 Comments »
Tuesday, April 1st, 2008
ABSTRACT
This site contains some value information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Markerters (MIM) whose expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and some specific information here are not written in English. Therefore, it is not suitable for those who unable to understand Malay Language. The resources that I highlighted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge , to be expertise or for commercial purposes.
Subject to this post, this ebook will teach us how to earn some superb extra money from Forex. Nasir Yaacob narrated an ebook entitled "Kuasa Forex: Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia", based on his experiences in forex and specific systems. Also, this ebook contains some technical and fundamental analysis, supported with graph, and his special gifts and softwares, especially KuasaForex's Indicator and additional forum support and training courses. [WARNING]This ebook is not recommended for those who are not understand is risk and return.
FOREX DAN SEJARAHNYA

Apa yang anda faham tentang foreX? Forex terdiri dari dua gabungan perkataan iaitu "Foreingn"+"Exchange". Nama standard Melayunya adalah Tukaran Wang Asing. Nama singkatan forex pula adalah "FX". Forex ni merupakan satu medium yang digunakan oleh pedagang matawang atau bank-bank seluruh dunia untuk membuat tukaran wang asing yang melibatkan proses jual&beli atau beli&jual. Proses ini melibatkan pasangan matawang. Sebagai contoh, US Dollar dengan Ringgit Malaysia dan British Pound Sterling dengan US Dollar.
Saya tertarik dengan isu yang berkait pasal forex ni bila nama George Soros mula disebut-sebut kat Malaysia. Kerana pengaruh dan kepandaiannya dalam memanipulasikan pasaran matawang asing, sedikit sebanyak (memang banyak!) Malaysia turut terjejas. Namun, saya bukan pakar ekonomi untuk menceritakan segalanya.
Jika anda selalu mengikuti perkembangan berita kat televisyen, memang ada satu segmen khas untuk forex. Forex begitu popular kerana transaksinya hampir mencecah $2 trilion sehari. Jika diikuti perkembangan sejarah forex, secara mudahnya ia berkait rapat dengan sejarah sistem barter dan (more...)
Tags: blog, ebook, Ebook Tumpuan, experience, fxcm, koleksi nasir, kuasa forex, kuasaforex, Malaysian Internet Marketers, mencipta kekayaan terpantas dunia, nasir yacob
Posted in Ebook Tumpuan, koleksi nasir yacob | No Comments »
Wednesday, March 19th, 2008
- Some people say blog is fun;
- some people say blog is an effective tool to blow out your ideas;
- some people say blog make you rich.
- And some people say blog is useless too!
Doesn't matter what people says. first time ever I use Blogger as a platform for blog. My friend advices me to use blogger to use blogger because it really easy to use and customize, and may generate your additional income by adsense blah blah blah....
(more...)
Tags: blog, blog oh blog, blogging dilemma, dilemma, ebook, experience, free information, idea
Posted in free information | 2 Comments »
Thursday, March 13th, 2008
ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebook here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) whose expert in selected knowledge disciplines, and based on thei experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is not suitable for those who unable to understand Malay Language. The resources that I highlighted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
Subject to this post, this article will guide us how to develop and develop an effective web sales from scratch. All instruction regarding in this ".exe" format ebooks is easy to understand and full of scripts. Interestingly, this ebook figure out some complex aspect like developing auto responder, opt-in and cron job. Tutorial videos are enhanced for advance learning. This ebook was written by Mohd Amirol Zolkifli.
p/s: Bagi saya, Amirol seorang yang kreatif dan unik. Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu. Bermula dari Panduan Affiliate dan Autoresponder, kemudian ke Pakej Lengkap Web Jualan 1 dan 2, ebook ini telah melalui satu proses tranformasi yang berkesan. Revolusi yang telah dicipta Amirol telah melahirkan satu ebook berformat ".exe" yang dipanggil Pakej Web Jualan Evolusi.
KEPENTINGAN LAMAN WEB JUALAN

Jika ingin menjadi seorang ahli pemasaran internet yang berjaya, kita mesti belajar buat laman web. Laman web ibarat "nyawa" dalam perniagaan internet. Memiliki laman web jualan merupakan paling wajib selepas mahir mempelajari Cpanel. Namun, timbul banyak soalan untuk membina laman web. Setiap kali saya melayari kebanyakan laman web, wujud pelbagai soalan yang ada dalam benak kepala saya:
- macam mana nak buat sistem affiliate?
- macam mana mereka kumpulkan email (mailing list)?
- macam mana mereka kutip duit bayaran?
- macam mana mereka balas email dengan automatik?
(more...)
Tags: amirol, cpanel, ebook, Ebook Tumpuan, experience, koleksi amirol, Malaysian Internet Marketers, pakej web jualan evolusi, sistem affiliate, sistem autoresponder, various ebook, web jualan
Posted in Ebook Tumpuan, koleksi amirol | 2 Comments »
Friday, February 29th, 2008
Blog merupakan trend yang menjadi kegemaran masakini. Ia merupakan tempat untuk ‘melakar' segala pendapat, luahan emosi dan perasaan, medium hiburan dan komuniti sosial, dan yang paling digemari ramai sekarang: mengembangkan sayap perniagaan. Tahukah anda bahawa benua Asia merupakan pengguna (bloggers) tertinggi berbanding benua Eropah dan Barat?Statistik kepenggunaan blog seperti yang dinyatakan oleh Edelmen melalui "A Corporate Guide to the Global Blogosphere" menunjukkan Jepun merupakan bloggers yang paling aktif (74%), diikuti oleh penduduk Korea (43%) dan seterusnya negara China (39%).
Sekiranya merujuk kepada penggunaan bahasa pengantar, Bahasa Inggeris masih menjadi pilihan iaitu 39%. Jepun di tangga kedua (31%); dan China pada 12%.
Sekiranya digabungkan fakta ini dengan kenyataan di atas, sudah cukup untuk membuktikan ‘Pemenang Keseluruhan' jatuh kepada benua Asia. Tambahan pula, Asia sememangnya benua paling luas di bumi ini
Apa yang saya ingin nyatakan di sini, blog merupakan satu tempat yang PALING SESUAI untuk menukarkan gaya hidup mengikut acuan anda. Apatah lagi sekiranya anda seorang kaki biznes!
(more...)
Tags: blog, blogspot atau wordpress, cara memanfaatkan blog, duit sampingan, ebook, google adsense, kongsi pengetahuan, niche-word, panduan membeli, perkembangan blog, rakan affiliate
Posted in Umum | No Comments »
Friday, February 29th, 2008
ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers whose experts in selected knowledge disciplines, and based on their experienced too. It should be noted that, some of the majority ebooks and specific information here were written in Malay language (Bahasa Melayu). Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources that I highlighted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain some knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to write a good ebook. All instructions regarding this ebook as simple as A-B-C, is easy to follow and straight forward. Primary language of this ebook is Bahasa Melayu. Furthermore, writer of this ebook tell one of his secret's for make a good ebook cover. Rahsia Penulis Ebook was narrated by Mohd Shamsuriyadi Mamat.
PENULISEBOOK.COM - BAHAGIAN KEDUA: PANDUAN MENULIS EBOOK - Bagaimana Menjadi Penulis Ebook Yang Berjaya Siri 1.0
Ini adalah sambungan dari komen saya tentang produk Sham yang terdahulu. Bagi sesiapa yang belum mengikuti komen saya tentang produk pertama saudara Sham, anda boleh klik di sini.
KEPENTINGAN EBOOK

Secara asasnya, apa-apa yang ditulis di komputer dengan menggunakan perisian pemprosesan kata itu dipanggil ebook. Ebook mempunyai kelebihan dan kekurangan, sama juga seperti buku yang selalu kita bawa ke sana dan ke sini.
Jika anda tak pandai berkomunikasi dengan baik, takut nak bercakap, nah...maka ni la masa anda untuk menunjukkan kebolehan anda melalui mengarang. Dulu, sebelum perkembangan henpon bermula, saya selalu menggunakan surat sebagai tempat untuk meluahkan apa-apa, juga termasuk time bercinta ala-ala budak gitu. hehehe..Pernah saya buat rekod, tulis surat dalam 10 helai kertas kajang...non-stop!
Kenapa, anda ingat dengan mengarang anda tak boleh buat duit? Tapi untuk pengetahuan anda, saudara Sham, anak jati Terengganu telah membuktikan, dengan mengarang, beliau telah menjana pendapatan dengan jumlah yang beliau tak pernah jangka. Inilah rahsia yang telah dibuat oleh saudara Sham...menjual ebook dan terus menjual ebook.
KENAPA DENGAN EBOOK?
Pada web jualan utamanya, Sham telah nyatakan satu fakta yang amat penting. Kebanyakan pengarang ebook berjaya memperolehi pendapatan 4 angka melalui ebook yang dibuat. 4 angka satu jumlah yang besar. Ia boleh bermula dari RM1000,RM2008,RM5113...atau RM 9999! Besar kan?
(more...)
Tags: bagaimana menjadi penulis ebook yang berjaya, ebook, Ebook Tumpuan, idea, koleksi sham, Malaysian Internet Marketers, penulis ebook, rahsia penulis ebook
Posted in Ebook Tumpuan, koleksi sham | 3 Comments »
Friday, February 29th, 2008
ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers whose experts in selected knowledge disciplines, and based on their experienced too. It should be noted that, some of the majority ebooks and specific information here were written in Malay language (Bahasa Melayu). Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources that I highlighted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain some knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to design cover for ebook through two methods. All instructions regarding this ebook as simple as A-B-C, is easy to follow and straight forward. Primary language of this ebook is Bahasa Melayu. Furthermore, writer of this ebook tell one of his secret's for make a good ebook cover. It was narrated by Mohd Shamsuriyadi bin Mamat.
PENULISEBOOK.COM - BAHAGIAN PERTAMA: PANDUAN MEMBUAT E-COVER
Shamsuriyadi (Sham) pernah menggegarkan geng-geng internet surfer dengan ebooknya yang bertajuk "Panduan Raja Adsense" yang pertama seumpama dalam edisi Bahasa Melayu. Ebook itu cukup mendapat sambutan yang menggalakkan. Malah, saya sendiri berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik penting untuk memperolehi google adsense. Namun, ebook itu saya akan saya komen untuk keluaran akan datang.
Baiklah, untuk komen ebook kali ini, saya akan highligtkan satu ebook dari tiga koleksi ebook terbitan Sham. Ebook terbitan tahun 2007 ini beliau namakan "Panduan E-Cover", Versi 1.0.
KEPENTINGAN COVER EBOOK
Cover (kulit depan) sesuatu ebook boleh menggambarkan isi sesuatu ebook. Mungkin tak sama la dengan kata-kata ahli bijak pandai Inggeris.."don't judge book by it's cover".
Dalam sesuatu perniagaan, cover boleh menjadi first impression (gambaran awal) untuk beli atau tak beli ebook, boleh jual atau tak boleh jual. Malah, pernah saya beli satu ebook kerana cover tersebut menarik (malah isi kandungannya pun hebat jugak!, tapi tak boleh cerita ebook yang mana, nanti dikata bias pulak). Jadi, kita kena terbalikkan pula kata-kata ahli bijak pandai inggeris ni, "we judge book by it's cover"..hhehe...
BEST SANGAT KE EBOOK PANDUAN ECOVER NI?
Saya tak sangka, dengan 25 helai (termasuk muka depan), saya berupaya menjadi seorang designer ecover yang tak bertauliah, dan boleh memulakan bisnes ecover, sambilan atau tetap, (tetapi ada ke yang sanggup nak upah saya ni?).
Kenapa saya kata ebook ini menarik? Pertama, kerana di dalam ebook ini, anda akan diajar 2 kaedah untuk membuat cover depan ebook. Satu dengan software wizard (perisian bantuan), dan satu lagi dengan menggunakan script dan perisian adobe.
(more...)
Tags: , buat cover ebook, ebook, Ebook Tumpuan, idea, koleksi sham, malaysian internet marketer, panduan buat ecover, panduan ecover, rahsia tulang ayam terbongkar, tips asas untuk design cover
Posted in Ebook Tumpuan, koleksi sham | 1 Comment »