Saya Cintai Malaysia, Kenapa Terbalikkan Jalur Gemilang?
Thursday, August 21st, 2008(Salam) dan salam hormat buat bloggers yang saya hormati.
"quote" - saya gunakan perkataan "KITA" ; merujuk kepada sesetengah bloggers yang berhasrat menjadi POPULER DENGAN CARA YANG BODOH DAN MEMALUKAN!!! - banyak lagi cara nak glamer sebenarnya...
- Kenapa kita perlu mencemari KEBEBASAN berblog dengan memaparkan isu-isu TERLALU sensitif dan menyakiti hati semua?
- Kenapa kita berani mempersoalkan sesetengah perkara yang termatub dalam perlembagaan?
- kenapa kita TERLALU BERANI melakukan perkara yang MEMANG KETERLALUAN walaupun ianya tiada dalam perlembagaan?
- Kenapa TIDAK BERFIKIR SECARA RASIONAL sebelum melakukan apa-apa?
- Kenapa dan Kenapa?
Akan tetapi, masih ada lagi insan yang "berbangga" memalukan Malaysia dengan menterbalikkan bendera MALAYSIA aka Jalur Gemilang; dengan bangganya menyiarkan 'KEMPEN SONGSANG" tersebut dalam blog beliau. (tak pasal-pasal blog ko glamer ya..! Tentu promote ape2 produk pasni laku..jangan lupa letak ads-ads yang boleh tambah ko punye side income! Rugi loh..).
Apa dah jadi ni?..kena kamu yang bernama Sheikh Kickdefella dan mereka2 yang menyokong Kickd@** ni? What's your rationale bro?
Fikirlah dengan tenang dan lebih rasional. Takkanla kalo nak marahkan nyamuk, satu "set" kelambu dibakar?. Nak marahkan pemimpin kerana tak pandai tadbir ekonomi? Nak marahkan apa yang kamu tak puas hati kat Malaysia ni? takpuah ati itu dan ini..? Banyak lagi cara nak protes bro...
- "“Saya pernah melaluinya. Saya pernah kehilangan pekerjaan dan bukan sekali tetapi lebih dari itu. Saya tahu jerih peritnya. Saya masih ingat hangatnya airmata saya mengalir di pipi sewaktu saya membelai rambut anak saya yang sedang lena. Saya masih merasa pedihnya tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya..."(quote dari penulis blog tersebut) - untuk pengetahuan, Saya pun bukan orang senang dan bukan lahir dalam keluarga senang. Saya juga mempunyai tangungan yang perlu saya pikul, namun saya tak pernah merungut kerana percaya, Allah SWT sahaja dapat berikan rezeki, manusia hanya asbab sahaja. Adakah kerana saya tulis ini kerana saya sudah sengang lenang...you are totally wrong! Saya masih seorang yang berusaha mencari kesenangan dan kebahagiaan DENGAN IZIN ALLAH!
- "Apakah saya menerbalikan bendera Malaysia supaya masyarakat mendengar keluhan saya tentang nasib anak-anak watan ini menjadikan saya seorang yang jahat? Setiap hari terpampang di dada akhbar nasib anak-anak watan yang dilanda kemiskinan. Setiap hari terpampang di dada akhbar anak-anak watan mencabut nyawa mereka sendiri bahkan lebih dasyhat mencabut nyawa anak-anak mereka..." (quek dari ucapan hebat beliau). Hanya kamu sahaja yang ada jawapannya. Jika kamu ni seorang pembela negara, kenapa kamu sendiri tak involved dalam bidang politik SERIOUSLY? Asyik-asyik cerita bab filem dan kepopularan kamu seperti dalam ruangan "about myself".. Apa sumbangan dan title "the best of ..itu dan ini" yang kamu dapat, diimplementasikan pada negara BAGI MENGATASI KEMISKINAN YANG MELANDA ORANG-ORANG KAMPUNG MACAM KAMI NI? adakah anugerah yang kamu dapat dihulurkan kepada mereka-mereka yang terseksa dan sengsara kat luar tu?
- "Sebuah negara boleh wujud tanpa panji tanpa bendera, tanpa nama dan kebesarannya" (quote lagi dari kata-kata bermadah beliau). so, atas dasar itu kamu boleh cakap apa yang kamu suka, malukan negara, mencemarkan nama baik negara. Subhanallah..saya bukan seorang yang sangat arif dalam bidang agama. Cuma nasihat saya, perlulah Pak Sheikh Kickdefella merujuk kepada kitab teragung kita (Al-Quran), kitab-kitab kupasan ilmu, sirah perjuangan Nabi dan pandangan alim yang muktabar tentang kepentingan mempertahankan agama dan negara..tentu kamu akan faham tindakan kamu ini akan mempengaruhi atau tidak dari segi yang saya maksudkan.
Adakah saya keluarkan artikel ini kerana saya seorang penyokong Kuat Kerajaan? Hohohoho...Jika kamu berpandangan itu macam..terpulanglah...Saya ini lebih cenderung dalam bidang akademik. sebagai orang akademik, saya tidak akan cenderung kepada mana-mana pihak yang mempertahankan yang batil. Bacalah sejarah (bagi orang Islam, sambil baca, jangan lupa kita ada "2 Kitab Utama yang kena kita pertahankan sampai bila2), kajilah dengan teliti bagaimana orang-orang yang terdahulu berjuang dalam mempertahankan negara yang kita semua "menginap" sekarang ni...
SAYA CINTAKAN NEGARA SAYA DAN SAYA SANGGUP MEMPERTAHANKAN AGAMA YANG SAYA ANUTI DAN NEGARA YANG SAYA CINTAI DARI ANASIR-ANASIR YANG TIDAK DIINGINI (andainya berlaku hal-hal diluarjangka).
Andaikata saya tidak bersetuju dengan apa tindakan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkepentingan dalam Malaysia ini, saya tidak akan mengikuti cara kamu dengan menterbalikkan Jalur Gemilang!
Tags: bendera terbalik, isu negara, Kenapa Terbalikkan Jalur Gemilang?, khas, memaulukan negara, Saya Cintai Malaysia, tiada maruah










