Ragu-Ragu Nak Beli Ebook? - Rahsianya di Sini...
Powered by MaxBlogPress  
it's hard to implement, but...it's nice to be truth...

Zip Oh Zip - Aku Takut Zip!!!, Ketakutan Seorang Newbie...

Tuesday, August 5th, 2008

Adakah menjadi "newbie" ini satu perkara yang memalukan?. Inilah yang terjadi kepada saya sewaktu berkenalan dengan perisian zip sekitar tahun 1990an dulu. (Yup, this is my true story).

Ya, masa tu saya betul-betul TAKUT dengan satu istilah yang dipanggil Winzip-dengan kata lain: "nak zip fail". Time tu, pada pandangan saya yang cetek ilmu pengkomputeran ni, mereka yang pandai zip (mampatkan) dan unzip (ekstrak) fail itu adalah seorang yang hebat dan bijak.

Seingat saya, pada masa itu, zip boleh digunakan dengan dua kaedah, melalui MS-DOS (maaf jika saya tersalah, istilahnya lebih kurang macam ni la, pkzip dan pkunzip) dan windows versi 3.X. Sebab terlalu kagum dengan mereka-mereka yang pandai ni, saya selalu tengok bagaimana mereka mengunzip fail-fail tersebut.

Tapi malangnya, hanya tengok dan tengok dan tengok semata-mata, tanpa niat nak belajar. Masa tu, saya hanya suka main games dan langsung malas nak pikir tentang pentingnya benda-benda yang macam tu pada masa akan datang. (dah rugi besar saya masa tu!).

Pendek kata, saya banyak ingat kod (code) nak main games dari nak belajar apa-apa yang berkait dengan ilmu perkomputeran ini. Andaikata saya pernah mendengar istilah "newbie" pada masa itu, saya rasa sayalah orang pertama yang mengaku, saya newbie pasal zip dan unzip ni, hehehe.

Newbie tu apa ye?

Sebenarnya, istilah ni bergantung kepada perspektif individu. Bagi pendapat saya yang tak seberapa ni, newbie ni kita baru nak belajar mengenali, ada idea tentang perkara tersebut tapi tak tahu mendalam dan mempelajari sesuatu ilmu.

Sebagai contoh, memasang plugin pada blog wordpress, itu dipanggil newbie dalam bidang memasang plugin. Samalah juga ketika saya baru-baru mengenali Cpanel dan mempelajari cara menggunakan email seperti yahoo dan google. Dengan kata lain, pernah dengar tapi tak pernah mengalami pengalaman mengamalkannya (know for selected knowledge but not for application / implementation).

Berbalik kepada persoalan saya tadi. Malukah anda andaikata seseorang memanggil anda newbie? Jawapan saya - tidak, saya langsung tidak malu dipanggil newbie. Kita sebagai manusia yang sentiasa tidak sempurna, memang perlu mencari guru dan belajar bereksperimentasi melalui pengalaman. Bahkan, semakin banyak yang saya pelajari, semakin newbie dan kerdil saya rasa. Ajaibnya kuasa-NYA!!!

Terima kasih kerana sudi membaca post ringkas kali ini. Sebarang komen atau jika nak share pengalaman, boleh luahkan pada ruangan komen. Oleh itu, kepada sesiapa yang tidak pernah bereksperimentasi dengan perisian berasaskan "zip". Saya ada tiga berita baik.

  1. Telah saya siapkan satu ebook percuma bertajuk "Panduan Penggunaan Jzip-langkah demi langkah", anda boleh klik di sini atau klik pada gambar di bawah. Ebook ini menggunakan format ".pdf dan tak perlu diekstrak. Hanya klik dan simpan (save) pada drive pilihan anda.
  2.  

  3. Berita baik kedua, anda boleh mengedarkan ebook Panduan Penggunaan Jzip tersebut secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang anda suka. Rujuk pada terma dan syarat yang telah dinyatakan. Sila laporkan kepada saya melalui ruangan hubungi andaikata anda dapati ebook ini dijual.
  4.  

  5. Berita baik ketiga, pada muka surat terakhir, ada satu bonus/ kupon harga istimewa menanti anda...nak tahu selanjutnya, anda boleh lihat pada helaian terakhir ebook "Panduan Penggunaan Jzip"...khas untuk newbie atau sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat

p/s: cover ebook tersebut, saya akui kurang menarik, apa yang penting-fahami dan amalkannya.

Panduan Penggunaan Jzip - Langkah Demi Langkah

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Panduan Asas Membina Blog Wordpress - Pakej Kit Blogger

Friday, February 29th, 2008

ABSTRACT

This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.

This ebook teach us how to mastering wordpress. All instruction and supporting video regarding to this ebook is easy to understand and straight forward. It should be noted that, this ebook is suitable for dummies / beginners in wordpress. Panduan Asas Membina Blog Wordpress is narrated by Smartzul.

SAYA DAN WORDPRESS

Untuk pengetahuan, saya mula menyedari kecanggihan dan kunikan wodpress ini sewaktu surf ke satu website yang memaparkan koleksi ringtone yang boleh di download secara percuma (tapi tak semua percuma la!..biasa, gimik dalam pemasaran). Saya hairan bagaimana, blog yang sebegini rupa, ada google adsense, siap ada "tab pages" lagi. Dalam blogspot, untuk buat tab pages, perlukan skrip dan kemahiran tertentu.

Lagipun, saya bukanlah pakar dalam programmer. Setakat ada basic html aje. Jadi, selepas itu, bermulalah saya mencari jawapan kepada masalah yang saya nak selesaikan. Cari punya cari, jumpalah website wordpress.org dan wordpress.com. Setelah lama explore dan belajar ala-ala kadar dalam wordpress.com, barulah saya terjumpa weblog keluaran Smartzul...di situlah saya mula-mula berjinak dengan wordpress dengan domain dan hosting sendiri.

Untuk komenebook kali ini, saya lebih menjurus ke arah wordpress yang menggunakan domain dan hosting berbayar dari yang percuma.

KEPENTINGAN WORDPRESS

Pakej Kit BloggerWordpress.com merupakan salah satu dari 20 jenis kategori blog yang popular di dunia ini. Dianggarkan, lebih dari 1.15 juta orang kat dunia ni mendaftar dengan wordpress.com. Dikatakan, banyak perbezaan yang boleh anda bandingkan dengan blogspot (platform google).

Wordpress adalah lebih user friendly (mesra pengguna) berbanding komuniti blog lain. Tambahan pula widget yang disediakan lebih "cool" dan "tip-top". Ops...peminat blogspot jangan salah sangka, apa yang saya nak jelaskan, setiap platform blog ada kekuatan masing - masing. Pendek kata, wordpress tergolong dalam satu komuniti yang berbeza.

Bagi saya, semua tu bergantung kepada sejauh mana seseorang memanfaatkan "features" yang disediakan oleh platform blog. Macam pengguna Windows dengan geng-geng Unix la...semua ada peminat dan kekuatan masing-masing kan?

Ok, salah satu kelebihan wordpress adalah, anda boleh lebih "bebas" berkarya, meluahkan apa saja, dengan syarat, anda mempunyai domain dan hosting sendiri. Jika ada yang masih tidak tahu kepentingan memiliki domain dan hosting sendiri, sila luangkan masa untuk membaca komen saya yang berkaitan dengan domain dan hosting di sini.

(more...)

Tags: , , , , , , , , , ,