Tiru Teknik vs Plagiat :Murahnya Moral Usahawan Internet Malaysia?
(Salam), Salam Hormat buat pengunjung setia blog ini.
Pada post kali ini, saya ingin keluarkan satu isu yang mungkin agak hot sikit. Terlebih dahulu ingin saya jelaskan;
BUKAN NIAT SAYA UNTUK MENIMBULKAN KONTEVERSI!
Cuma saya agak kesal dengan sesetengah insan terpilih ni kerana mempunyai sifat:
- cepat nak bergelar usahawan internet
- cepat nak kaya
- cepat mahu glamer
Tanpa memikirkan soal moral (akhlak), reputasi dan kepentingan jangka panjang.
Saya kesal dengan segelintir orang yang macam nih. Saya sangat berdukacita dengan kerenah sebilangan usahawan internet sekarang. Saya sangat frust dengan anda, kenapa?
- Mengaku itu produk asli mereka. Walhal, cedok dari keluaran international. Kalo dibawah terma Private Label Rights (PLR) tu, takde masalahlah. Sape-sape pun boleh mengaku produk tu dia yang punya!
- Dahlah tiru, langsung tak creditkan sumber asal walaupun sedikit. Payah sangat ke nak letak sumber rujukan nih? Payah sangat ke nak mintak keizinan dari pemilik asal (atau membayar sejumlah royaliti/pembelian hak) dari mereka yang telah mengubah suai mana-mana skrip?
- Payah sangat ke nak mengaku produk yang dijual diterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu?
- Plagiat! ini yang paling saya kesal. Tiru teknik tak salah, tapi kalo dah tiru bulat-bulat ni, akan dikira plagiat.
Tiru teknik biasanya berlaku dengan mengambil mana-mana sumber terbuka. Biasanya telah diletakkan syarat atau lesen berstatus GNU. Sesiapa sahaja boleh mengubah mengikut terma yang telah ditetapkan.
Itu tak jadi masalah, saya sendiri pun telah menghasilkan dua buah ebook yang mana, saya creditkan teknik yang saya perolehi dari individu yang berkaitan.
Plagiat? Ia berlaku apabila ceduk bulat-bulat tanpa berusaha 100% untuk mengubahnya.
- Plagiat semakin berleluasa sekarang!
- Plagiatlah orang payah nak mengaku.
- Kerana plagiatlah masing-masing saling salah menyalahkan antara satu sama lain.
- Kerana plagiatlah ramai usahawan internet segera “hidup tak panjang” tak dapat bertahan di alam siber.
Ingatlah kepada sesiapa yang bercita-cita tinggi, nak jadi usahawan internet terulung sepanjang zaman:
“Tirulah mana-mana teknik, tapi kreditkan teknik yang ditiru itu kepada pemilik asalnya”
“Tiru teknik tak salah, kerana tekniklah wujudnya pelbagai variasi produk”.
Kerana dari teknik, orang akan tahu, sejauh mana kehebatan anda. Dari situ orang akan dapat menilai anda memang hebat memanipulasikan teknik untuk kepentingan umum.
Namun, bila seseorang itu didapati melakukan plagiat:
- Tak dapat bertahan lama
- Reputasi jatuh
- Tiada sapa yang sudi menyokong anda
- Orang akan beli, tapi itulah pembelian terakhir
Saya sejujurnya tidak mahu memperbesarkan isu ini. Seperti yang selalu saya katakan, saya mempunyai hobi membeli ebook (yang berkualiti atau tak berkualiti, saya hantam semua).
Ada sesetengah produk digital yang saya dapati, ianya versi international (percuma, bukan status PLR) namun telah dihakmilikkan menjadi kepunyaan peribadi..
Ingatlah bagi orang Islam, Allah tu Maha Kaya. Anda boleh tipu orang, tapi buat ape kalo duit yang anda dapat itu, semuanya “tak bersih”…
Paling ketara saya lihat dari segi penghasilan produk yang berasaskan webjualan. Paten web jualan terkini secara asasnya mempunyai borang-borang seperti borang tempahan, borang pertanyaan, sistem (script) affiliate dan autoresponder.
Sudah ada yang pandai cedok dan mengaku itu script yang di”ejaz” olehnya. Saya berani jamin. Dia tak akan mengaku dia cedok. Nak menipu tapi tak pandai.
Mahu bukti? Saya sertakan 3 bukti dari 3 pengeluar produk:
- Monakas – Pakej Lengkap Perniagaan Internet
- Amirol – Pakej Web Jualan Evolusi
- Clone Amirol?? – Panduan XXX
kes pertama: skrip affiliate: SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS
a) produk monakas
b) produk amirol vs produk panduan XXX
bandingkan kedua dua skrip ini
kes kedua: skrip borang pesanan: SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS
a) produk monakas tidak saya sentuh kerana teknik yang digunakan adalah berbeza
b) produk amirol vs produk panduan XXX
Saya buat lawak ke? owh…perhatikan dua wesite ini:
Skrip borang pesanan amirol:
skrip borang pesanan panduan XXX:
yang membezakan kedua-dua ayat ini adalah perkataan “di sini”
Sehingga hari ini, saya hanya mengiktiraf dua produk web jualan.. pertama dari keluaran monakas (mohd najib kasimin) dan pakej web jualan evolusi (mohd amirol zolkifli). Saya juga mengiktiraf reseller yang sah atas kedua-dua produk ini, (beserta agen affiliate yang mendapatkan script ini secara sah)
Jadi terpulang kepada anda samada terus mahu plagiat dan mengaku itu produk anda. Saya tak kisah walaupun selepas ini saya tak popular. Dunia internet kat Malaysia ni kecik je. Pusing sana, pusing sini, lambat laun berjumpa jugak.
Ini pembongkaran pertama saya. Produk lain? Ada, namun saya masih mengambil langkah berdiam diri. Saya bukan pengawas sekolah. Saya tidak dibayar gaji untuk memantau pergerakan anda. Jauh sekali nak rasa jeles dengan income yang diperoleh..apa yang betul tetap betul, apa yang salah tetap salah.
Namun jika mereka ini terus menerus “buat-buat tak endah”…maka dengan terbukanya saya akan dedahkan rahsia disebalik produk anda!
Jika ada yang terasa dengan artikel ini…sepuluh jari saya memohon maaf. Biarlah anda menjadi seorang usahawan internet yang beretika. Jangan main nak cepaat jer! Hargailah hak, masa dan tenaga yang dicurahkan oleh pemilik asal produk.
Anda akan tahu bagaimana rasa produk diciplak bila anda sudah mempunyai produk sendiri.
Tiru teknik dengan plagiat..memang berbeza, macam makan ayam goreng KFC dengan ayam goreng McD…







Thanks untuk perkongsian ni. Saya rasa artikel ni sangat berguna untuk peringatan bersama
Sama-sama Syazwan. Semoga kita sama-sama saling mengingati antara satu sama lain
Isu ini sudah lama berlaku dan lebih menyedihkan lagi bila dilakukan oleh mereka yang digelar “otai”. Sy tidak dpt mengulas panjang ttg isu ini kerana sebelum ini ada satu team yg telah di blacklist kerana melakukan pembongkaran. Sy akan menyokong anda selagi isu yg dibahaskan adalah relevan dan tiada unsur personal attack.
Good Work.
Ya, Catzer. saya akui kebenaran kata-kata anda. Isu ni memang dah lama sebenarnya (sebelum saya terjun ke dunia blog ni). Bagi saya, mereka tetap bergelar otai, tapi “otai jangka pendek je la”
Mengenai blacklist tu, saya tak boleh nak komen apa-apa. Mereka yang terasa dengan artikel ni, dah sure terasa sikit “hot and spicy”. Andaikata mereka nak blacklist saya, ape boleh buat. Malaysia ni negara demokrasi. Mereka ada hak berbuat demikian
Personal attack? Yup, memang saya akan jauhkan. Saya nak publish artikel ni pun, amik masa yang agak lama. Dah lama pendam…last-last meletop jugak ha…Terima kasih atas peringatan Catzer
p/s: manual newbie keluaran catzer itu memang bagus dan bermanfaat
What should I say? Geleng kepala sambil mengingati pengajaran daripada cerita CicakMan.
(salam) Bro Amirol, lama tak singgah, hope sihat hendaknya
Oho, minat juga crita CicakMan ye.Btol tu, ramai sangat yang bercita-cita tinggi dan mempunyai idea macam Professor Klon
Assalamualaikum,
salam perkenalan.
Saya razizainon, baru nak mula dalam dunia internet ni.
dalam baca artikel ni, banyak rupanya ranjau berduri yang otai2 dulu harungi..
sampai 1 simpang, tiba2 idea otai lama dikidnap oleh pemerhati..
ini la yg terjadi bila sekeliling kita tak dilindungi dan tak dititikberatkan isu harta intelek..
sekadar pandangan saya saja.
Dalam penciptaan produk yg macam tepu ni, memungkinkan kita tuk lebih kreatif cari masalah dan selesaikan..
Sekadar pandangan orang ‘luar’ dalam bidang internet marketing.
Selamat maju jaya kepada abg, sy salute ketabahan mengharungi dugaan berniaga internet & demokrasi bukan psudo yang abg suarakan.
Selamat maju jaya & terima kasih atas pendedahan eksklusiv!
Ikhlas,
razizainon
(wa’alaikummussalam)razizainon
salam perkenalan juga dari saya
mengenai isu harta intelek, memang patut ianya dilindungi, ia juga akan melibatkan kos, pendapat anda ada benarnya. jadi terpulang kepada individu terbabit untuk bertindak lebih ke hadapan atau sebaliknya.
produk berbentuk webjualan sebenarnya tak tepu, yang menjadi tepu kerana ada segilintir “insan terpilih” ni dah malas nak ubahsuai dan perbaiki kelemahan produk sedia ada. mereka lebih suka “cut, copy and paste”…akibatnya jadilah macam sekarang ni..pandangan anda ada asasnya
saya dedah ni bukan bermaksud untuk memalukan/bermusuh sesiapa, nak dengki lagi la jauh. cuma sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi kepentingan pengguna dan pemilik asal. Saya juga tak dibayar untuk dedahkan perkara ni.jadi, kalo nak membeli tu, kena dapatkan dari penjual dan reseller yang sah
hehe. banyak benda klu nk atack otai nih. Tapi nak wat macam mana, manusia ni mudah lupa. manusia ni nak cepat. Manusia ni nak mudah..so, jadilah hasilnya sebegitu..
lebih baik web jualan nampak buruk atau cikai. Tapi memberikan sales! Lawa dan menawan pun xde guna kalau tak leh wat sales..
Plagiat itu normal. Sukar dibendung.
Biasala….manusia pasti nak idup mudah aje…xkenal erti susah bila dah susah mulalah menggelabah puyoh..nie yang mereka2 nie takut. takot pada kegagalan…Ini yang dinamalan IM ‘segera’. Xdek kualiti. Ooops!!!
xmacam IM yang dah lama. Masih tetap menten…..sebabnya kredibiliti yang dibina dititikberatkan…
Titan:
aha…,manusia memang cepat lupe. Yup. lebih baik guna web jualan sempoi, cikai, tak canggih tapi berikan sales. lagipun, kita mesti tengok isi, “kulit” tu orang boleh reka.
Memang plagiat sukar dibendung. Tapi kalo nak plagiat, ubahlah 100% kan, baru nampak macam branded baru..kan titan?kan? kan?
KampungBoy
yup, mereka takut pada KEGAGALAN. walhal, dari gagal itu, banyak strategi yang akan dapat dan boleh masyuk duit punye pastu. Memang penting membina kredibiliti..bila dah ada kredibiliti,promote la pe2pun, Insya’ Allah, ada sales
SALAM,
BAK KATA Titan:
aha…,manusia memang cepat lupe. Yup. lebih baik guna web jualan sempoi, cikai, tak canggih tapi berikan sales. lagipun, kita mesti tengok isi, “kulit” tu orang boleh reka.
mcm skim cpt kayap yg berlunggok baru2 ni..juling mata dibuatnya!
wasalam..,
Hai Semua…
Terima kasih di atas post yang agak kontroversi ini. Pertama sekali saya ingin mohon maaf jika komen saya tidak diundang di sini. Memang benar tentang apa yang Rizal katakan tentang isu Plagiat dan Cedok tu banyak berlaku dalam perniagaan internet sekarang ni. Dan produk klon Pakej XXX tu sebenarnya adalah milik saya sendiri iaitu PanduanWeb Advance Edition. Tapi setahu saya skrip yang Rizal maksudkan tu adalah skrip affiliate percuma yang boleh diperolehi di laman web asal http://www.qualityunit.com/postaffiliate. Jadi saya rasa tidak salah menggunakan skrip tersebut kerana ia adalah percuma walaupun skrip tersebut telah diubahsuai sedikit oleh sdr Amirol. Mungkin Rizal rasakan bahawa saya mencipta produk ini untuk mengaut keuntungan cepat. Sebenarnya dulu saya juga seorang newbie dalam perniagaan internet. Website pertama cuma 40rahsia.com (kini 40rahsiabuatduit.info). Namun saya tahu selok belok membina website secara teknikal. Dan saya telah menulis ebook saya selama 3 bulan bersungguh-sungguh, dan cuba menulis yang terbaik untuk panduan newbie. Tapi ada pula yang anggap saya buat kerja ekspress untuk menjana pendapatan. Dan lagi, saya bukannya jual produk sahaja, tapi saya support customer sampai berjaya bina web jualan. Saya percaya ada ramai lagi IM yang guna teknik Cedok / Plagiat ni dalam perniagaan internet dan kemungkinan IM terkenal yang telah menjana berpuluh ribu ringgit dengan produk mereka. Dan saya harap Rizal bagilah komen produk mereka juga, bagi menunjukkan yang anda tidak “bias” terhadap saya, hanya kerana saya tidak memberi kredit kepada sdr Amirol yang mengubah skrip post affiliate ke versi BM. Saya hormati saudara Amirol, dan jika sdr Amirol tidak membenarkan saya menggunakan skrip affiliate versi BM tu, saya akan gunakan yang versi asal dan translate ke BM. Tiada masalah. Tapi komen Rizal ni takkan melemahkan semangat saya, dan saya tetap akan teruskan perniagaan internet dan sentiasa membantu sesiapa sahaja membina web jualan. -- Bearnerd
nampaknya Bearnerd dh bg respond…rizal mcm mane?
Well, byk juga yang respon di sini ya.
Baiklah, disebabkan isu ini turut melibatkan saya, mari saya huraikan serba ringkas.
Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih jugalah pada saudara Rizal kerana telah meluangkan masa membuat research, pantauan dan sebagainya tanpa berbayar. Satu khidmat sosial ya?
Apa yang saya perhatikan adalah yang sebenarnya isu ini timbul disebabkan penggunaan script dari Bearnerd (Hi bearnerd.. nice to know you!) iaitu script (affiliate dan order yang menyerupai script yang saya letakkan pada Pakej Web Jualan.
Untuk informasi semua, script affiliate asalnya memang datang daripada post affilite free seperti yg bearnerd nyatakan.
Walaubagaimanapun, saya telah meluangkan masa saya lama dahulu untuk mengubah suai sedikit script tersebut ke dalam bahasa melayu.
Mungkin disebabkan Bearnerd boleh dikatakan secara terus menggunakan script ubahsuaian saya untuk tutorial web jualan beliau, maka timbullah isu ini.
Jika Bearnerd tempoh hari menggunakan script tersebut dari source asal ataupun mengubahsuainya dari source asal, saya yakin tak akan ada isu yang berbangkit ini.
Begitu juga dengan order form yang dinyatakan oleh Rizal yang mana Bearnerd turut menggunakan script dari PWJ untuk tutorial web jualan beliau. (Berdasarkan daripada rajah serta sourcenya, saya yakin Bearnerd ada melakukan ubahsuaian sedikit ya?)
Sekiranya Bearnerd membina script order sendiri atau mengubahsuai lain2 script order yang berada di internet (open source), maka sekali lagi isu ini mungkin tidak timbul.
Anyway guys… actually tak ada salahnya untuk mengikut idea, konsep serta jenis produk. Masing -- masing ada cara masing -- masing dengan gaya “penyampaian” yang tersendiri. Mungkin ada yang suka dengan gaya Bearnerd, mungkin ada yg suka dengan gaya saya atau mungkin juga dengan gaya orang lain atau mungkin tak suka dengan kami semua. LOL!
Cuma disebabkan penggunaan script yg dipercayai diambil direct dari saya menyebabkan sedikit konflik di sini.
Sebenarnya, saya tidak mahu untuk campur tangan dan memperbesarkan hal ini (macam budak2 pula nanti) namun memandangkan kita berada di dalam komuniti yang kecil serta masing -- masing kenal antara satu sama lain (even ada yang tak pernah bertegur sapa lagi), so eloklah saya memberi sedikit penerangan kerana nama saya pun turut terlibat!
Plagiat sememangnya satu perkara yang tidak baik. Namun jika kita mengikut dan mencontohi cara, idea, teknik, konsep, maka tiada salahnya. Saya sendiri mengikut konsep -- konsep, teknik IM -- IM berjaya di luar sana. Untuk berjaya, kita perlu ikut mereka yang sudah berjaya juga bukan? Success leaves traces bak kata Armand Morin.
Berbalik kepada isu script ini, sapa -- sapa saja boleh buat tutorial pasang affiliate, autoresponder, form dan sebagainya. Namun seeloknya, jika tau darimana source asal script, gunakan source asal tersebut untuk diedit. Elakkan daripada menggunakan script yang telah diedit pihak lain melainkan beliau turut menyatakan ianya adalah diedar dibawah GNU General Public License. Hal ini dapat mengelakkan isu seperti ini berlaku lagi.
Anda semua boleh buat duit dengan open source. Ramai IM luar yang menjana duit ribuan dengan software,script open source. Bagaimana? Kebanyakan software, script berbayar di luar sana idea mereka datang daripada script/software open source.
IM -- IM tersebut mengambil software/script open source tersebut dan edit, tambah baik dan seterusnya jadikan satu produk berbayar!
Namun bukan dorang edit 5% -- 10% aja.. atleast edit sekurang -- kurangnya 70% atau mungkin mengubahsuai 100%!.
So, gunakan kesempatan yang ada. Baca terms, license yang dibekalkan untuk setiap produk tersebut. Jika terms ada menyatakan boleh diedar, diedit dan sebagainya, maka ambil peluang tersebut. Jika tak pasti, contact pemilik produk dan tanya tentang terms.
Sebagai contoh script Post Affiliate FREE yang telah diedit oleh salah seorang IM tempatan adalah daripada dapaturus.com.
Persoalan saya di sini, bolehkah kita gunakan script daripada dapaturus.com untuk diedarkan kembali sebagai produk kita? Kesian kepada pemiliknya yang berpenat lelah mengubahsuainya bukan?
Apabila sesuatu script open source, GPL itu diubah, maka terpulang pada pengubah script tu untuk meletakkan script tersebut dibawah lesen apa. Jika beliau turut menetapkan sebagai GNU license, maka bolehlah anda guna, edar dan sebagainya. Namun jika tiada, kena tanya beliau dahulu untuk mendapatkan kepastian.
So, kena faham juga benda ini bab -- bab license ni.
Anyway, untuk kes ini, saya rasa boleh close case. Lagipun saya sedang melakukan update terhadap Pakej Web Jualan Evolusi.. Script affiliate nanti anda akan lihat satu evolusi.
Untuk order form, saya akan membina order form baru tersendiri. Saya tidak akan menggunakan script lama lagi.
Apa -- apapun, good luck and all the best to everybody! Semoga anda semua sukses dengan kerja -- kerja yang anda lakukan. Wish for my success too!
To Rizal and Bearnerd, hopefully kita semua dapat menjalankan satu usaha sama kelak di masa akan datang. Well, mana tau kita semua boleh jadi satu JV partner yang mengancam kelak.
Do take care everybody… and see ya all next time. Stay tune!
p.s -- if ada tersalah kata or bahasa, mohon maaf ya! Saya membalas komen ini dalam keletihan (belum tido lagi selepas balik dari main futsal)
hmm…
Dah ada yg perbetul letak duduk perkara sebenar…
Namun semua pihak bebas menyuarakan dan layak mendapat penjelasan seperti komen-komen kat sini. (Sekadar untuk tahu, hakikat dan tujuan memasing)
Baru saya faham situasi sebenar.
Maaf andai kata komen ‘kami yang tak terlibat’ dilihat macam mengapi-apikan suasana.
Tiada niat jua, sekadar berkongsi bicara.
Respon untuk menjernihkan dan memantapkan komuniti pedagang Internet adalah suatu usaha yang mulia, dan penerusan resam ni adalah suatu yang amat dihargai.
Terima Kasih atas keterbukaan semua, mari sama-sama hargainya.
Wassalam.,
Sekadar mahu menjelaskan keadaan sebenar, saya sebagai IM yang boleh dianggap baru tidak lari daripada kesilapan. Thanks kepada saudara Rizal atas artikel yang memberi pengajaran ini. Cuma saya harap jika sesiapa berasa tidak puas hati terhadap sesuatu produk yang dibeli, cuba ajukan masalah dan komen direct kepada pemilik produk dahulu. Jika pemilik produk tidak ambil kisah, maka post sebeginilah yang akan membantu memberi kesedaran kepada mereka. Tapi saya tetap percaya yang “customer always right”. Oleh itu, komen Rizal pasti akan membantu memperbaiki produk saya di masa akan datang.
Dan kepada saudara Amirol, komen anda pasti akan dijadikan panduan dan nasihat berguna. Kepada semua, all the best…
Terima kasih atas komen semua, saya hari ni kejar dateline..lambat sikit nak reply. ni pun curi-curi masa
PERTAMA:
Credit saya berikan kepada pihak Bearnerd kerana terbuka mengaku produk itu adalah kepunyaan beliau.
KEDUA:
Credit juga saya berikan kepada usahawan Internet Malaysia (IM) Saudara Amirol Zolkifli kerana menghuraikan dengan panjang
dan jelas, segala tips, sejarah ringkas produk dan pengalaman beliau menjadi IM.
KETIGA:
Saya rasa tentu masing-masing dah tahu “the true story” berkaitan dengan skrip, terutamanya skrip affiliate dan order form.
Jadi saya harap, selepas ini, tiada lagi isu ini. Buat amirah, hope anda puas hati membaca ulasan kedua-dua belah pihak ya
p/s: Saya sendiri pun ada menggunakan skrip percuma, terutamanya skrip untuk bahagian suppport/pertanyaan.
KEEMPAT:
Sekali lagi saya jelaskan, saya BUKAN seorang “pengawas”. Jauh lagi untuk menimbulkan konteversi. Saya hanya blogger sambilan yang ratingnya sangatlah rendah berbanding dengan blogger2 lain yang lebih berautoriti. Jika sesiapa yang belum jelas tentang dasar yang saya amalkan, sila rujuk kepada bahagian “Tentang Saya”. Jadi saya harap tiada lagi kenyataan -- “Rizal KomenEbook Bias”. Walaupun secara hakikatnya, majoriti produk yang saya review itu mempunyai link affiliate, namun ada juga produk digital yang sangat bagus seperti “Soid Sulaiman” dan Mazlie Nadzri.
kenapa saya review produk2 tertentu sahaja?:
Saya lebih utamakan kepentingan komuniti siber jangka panjang dari jangka pendek. Dengan harapan:
1. produk digital yang saya review dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan, especially newbie yang masih tercari-cari pendapatan sebenar secara HALAL (harap2 lepas ni dapat review beberapa produk bukan digital pulak).
2. Newbie dapat buat dan dapat duit seperti mana yang saya dapat. (soal dapat sedikit atau banyak tu, terpulang pada kerajinan individu la plak)
Saya mengambil proses yang agak lama untuk review kerana mahu menjaga kualiti weblog. Setiap ebook yang saya nak review, saya buat kajian dahulu, buat eksperimen dan postkan dalam artikel. Jika saya gagal berbuat demikian, saya akan merujuk kepada sesiapa sahaja yang pernah menggunakan produk.
KELIMA:
Tiru teknik dan plagiat adalah DUA ENTITI YANG BERBEZA! Saudara Amirol telah jelaskan dengan begitu baik sekali beserta dengan contoh. Jika kurang jelas, beginilah situasinya:
Katakan, dalam satu kelas, ada dua orang pelajar, “C” dan “D”. Satu hari, cikgu meminta pelajar mengarang satu karangan
bertajuk “Kereta Saya”.
Persoalannya, BOLEHKAH “C” meniru bulat-bulat karangan “D”? Adakah cikgu itu akan memberikan markah yang sama?
p/s: Jika perkara ini berlaku di universiti, dah kompem “C” kena cas “plagiat assignment”. Samada “C” dapat markah kosong,
tak boleh amik exam atau kena tindakan tatatertib -- itu terpulang pada budibicara.
Itulah kesan yang “C” terima apabila plagiat.
(maaf, bukan nak hangatkan kes). Inilah yang saya sedari/perasan apabila mengkaji kedua-dua skrip tersebut. Bila dah upload, lagilah nampak persamaannya lebih daripada 80%-90%, terutamaya “order form”. Rasional itulah timbulnya post ini. Lagipun tajuknya saya akhiri dengan tanda soal. Ini bermaksud, bukan lagi menuduh, CUMA BERLAKU KERAGUAN YANG MUNASABAH. Tambahan pula, telah saya jelaskan pada post, hobi saya membeli mana-mana produk digital tak kiralah berkualiti atau tak.
SEKADAR INGIN BERKONGSI:
Berkaitan dengan produk lain yang dijual oleh pihak Bearnerd (40 rahsia buat duit). Perkara itu telah saya sentuh secara tak
langsung dalam Bab Ke-3, Panduan Beli Ebook (versi pertama). Jadi bagi mereka yang pernah membeli ebook saya, rahsia dah pecah sikit
Untuk pengetahuan, ebook 40 rahsia buat duit adalah olahan dari versi perniagaan gayapos. Versi asal tu, saya beli dari masa saya tingkatan 5 lagi (tahun 1996). Tak sangka pulak ianya telah didigitalkan, siap ada MRR lagi (hehe!). Dan Bearned bukanlah orang pertama menjual ebook tersebut.
Versi Pdf ebook tersebut saya perolehi dari satu laman web yang totally menipu newbie, tapi tengok ada juga “separa otai”
join..heran-heran, mau duit lebih kot! .(ada 4-5 jenis website gini sebenarnya- sepanjang pantauan saya).Mereka berselindung disebalik “dinding”, yang mana kununnya (pinjam ayat Dr.M), hendak menolong bumiputera, walhal, hanyalah pakai konsep piramid, forced matrix dan yang seangkatan dengannya. Malah ebook2 lain yang ada kat website tu, sumenya “hancor”.
Takperlulah saya bagitahu website mana, cuma hati2la dengan skim yang tah pe-pe ni. (Catzer, saya ikut nasihat awak, tak buat personal attack, ngee)
Yang tak menariknya pada ebook 40 rahsia buat duit ni:
1. Hanya ulangan idea semata-mata. Konsep asasnya adalah, dapatkan idea, kena ada sikiit modal, promosi, jual, simpan modal dan lakukan proses yang sama. Memang ada sedikit nasihat berunsur keagaamaan, namun, kalo sesiapa yang jenis suka baca buku berkaitan motivasi dan agama, sure perasan hal ni.
2. Sekuriti tak ada. Maknanya, saya boleh tukar ebook versi pdf itu ke format Word dan tambah apa yang patut, dan boleh buat tajuk lain “100 Rahsia Rizal Buat Duit”. Saya boleh jual balik dengan harga RM 5, dan iklankan kat beriitah harian online.
Dapat 100 orang sehari, dah balik modal
Dua contoh cukuplah kan?
Yang menariknya pada ebook 40 rahsia buat duit ni, saya “quote ayat ini”
“Jadi sebenarnya anda boleh meniru cara saya melakukan dan mengubah idea-idea saya menjadi satu panduan bercetak dan menjualnya secara pos”
(Muka surat 56, tajuk 17: Rahsia menukar hobi dan kemahiran kepada wang lumayan setiap bulan, ianya telah diulang kembali
pada mukasurat 89, tajuk 29: Memperolehi RM10,736 dengan mengutip barang terpakai / lama di rumah anda). Jika disemak kembali ayatnya, penulis asal(?) ebook itu menyatakan boleh tiru cara dah ubah idea -- pengarang itu tak kata pula boleh tiru bulat-bulat!
Sepatutnya, orang yang menjual mana-mana produk (terutamanya produk digital), PERLU FAHAMI dahulu setiap apa yang dijual, apa isinya, apa kata tersurat dan tersiratnya. Bukan main juaaal je.
KEENAM:
saya pasti, Pihak Bearnerd sekarang dah faham kepentingan “kredit kepada pemilik asal”. IM lain ada berbuat demikian, Tiru
tapi ubah sekurang-kurangnya 90% dari asal. Sepanjang saya menghasilkan ebook berbayar atau percuma, atau mana-mana skrip yang saya gunakan, kredit yang berkaitan tetap saya letak demi menghormati hak pemilik asal dan mahu menjaga reputasi jangka panjang.
Justeru, terpulanglah kepada pihak Bearned untuk mengubah kembali skrip tersebut (seperti yang pernah dinyatakan dalam reply komen), atau menghubungi pihak Amirol dan menjelaskan keadaan yang sebenar. Setel baik-baik ya
KETUJUH:
Jadi, persoalan mengenai perlu sesiapa tanya sendiri kepada pihak berkenaan itu TAK TIMBUL. Setiap penjual produk perlu
membaca dan mematuhi kesemua syarat yang dikemukakan sebelum mereka bersedia menjual produk. Saudara Amirol secara ikhlasnya telah memberi peringatan umum berkaitan tentang lesen hak. Harapnya selepas ini, janganlah bak kata pepatah melayu, “Sudah Terhantuk Baru Terngadah”. Jadi tak timbul isu IM baru atau lama.
KELAPAN:
Untuk menjadi IM UNTUK JANGKA MASA PANJANG, elakkan dari menjual ebook yang hanya boleh buat orang “sakit hati” atau “sakit jiwa” selepas membaca. IM perlu ada tanggjawab sosial. Perlu sedarkan pengguna agar menjauhi produk yang boleh menyebabkan kerugian jangka pendek dan panjang. Namun, adakah Majoriti IM sekarang berbuat demikian, JIKA ADA, BERAPA KERATKAH SANGAT?
KESEMBILAN:
10 Jari Saya memohon kemaafan atas segala isu yang timbul. Saya hanya mahu menjaga kepentingan pengguna jangka panjang. Saya sendiri tak suka konteversi. Bak kata Amirol, “tutup kes”. Keterbukaan Amirol menegur dengan cara berhemah perlu difikirkan secara positive. Hormatilah juga pengalaman luas beliau sebagai antara IM Malaysia yang mempunyai autoriti yang tinggi.
p/s: saya bukan “kipas-susah-mati” kepada mana-mana individu. Post Bertajuk Tiru Teknik vs Plagiat :Murahnya Moral Usahawan
Internet Malaysia? itu TIDAK DIPENGARUHI OLEH SESIAPA.
SALAM..,
Perkara tersurat perlu diperhalusi dengan kanta tersirat..demi kemakmuran berpanjangan dan berkekalan harmoninya.
Setiap yang diutara, terkandung hikmah tersirat pada mereka yang mahu berfikir!
oO..
Kini sudah jelas (lebih jelas kepada mereka yang lebih makan garam dari saya)..,
apa yang ditulis-dari persoalan dan komen-komen reply yang terperinci dan membina adalah untuk kemakmuran jagat pedagang Internet semua.
Sokongan semua, berpadu membina!
Ni lah orang melayu, cepat betul melatah tanpa usul periksa. Itu kereta malaysia kamu tiru kenapa tidak komen ? Sebenarnya ada banyak benda serupa di internet. Ada rahsia-pro-affiliate, ada rajaaffiliate , ada affiliateaplust.. macam-macam affiliate. Tapi yang tidak macam-macam kandungannya tetap sama kerana mungkin idea mereka sama.
Saya sudah dapatkan ebook saudara Bearnerd ( Versi Baru )dan Saudara Amirol ( versi lama ), kesimpulan yang saya berikan isi kandungannya adalah jauh berbeza, antara islam dan kristian atau antara langit dan bumi cuma persamaannya bina webjualan. itu ja. Jadi saya mengiktiraf kedua-dua hasil kerja ini kerana saya sudah dapatkannya. Saya tidak tahulah dengan saudara Rizal yang cuma mungkin dapatkan produk Amirol sahaja..
Jangan pula kamu cakap panduan bina minisite yang dicipta oleh Irfan Khairi dan Fuad Latif dicedok daripada saudara Amirol pula… Memang kamu pendengki..hohoooo.
Salam smua,
kalau kamu mahu download percuma kedua-dua ebook yang dimaksudkan secara percuma, pergilah ke blog saya. Anda lihat perbezaannya. Ini penting sangat supaya korang dapat tahu mana ori mana duplicate.
Ni cerita hangat ni.Hmmm.. saya cuma blogger sahaja. Tapi untuk kesejahteraan semua, hal ini harus diselesaikan secara baik. Nanti semua bongkar cerita pasal plagiat ni. Adalah kita dapat ebook percuma. Saya pernah melihat dua web berebut jual satu perisian.. tak tahu siapa betul atau salah, siapa tulen siapa palsu. Akhirnya satu webjualan tu bagi percuma walhal harga perisian tu dalam RM210. Mungkin yang bagi percuma tu yang palsu
berhati-hati di jalan raya.
salam) Terima kasih atas komen lolok.
Untuk pengetahuan Lolok, saya juga telah mendapatkan (beli secara sah) untuk ketiga-tiga produk, iaitu:
1) Pakej Lengkap Perniagaan Internet terkini (Monakas)
2) Pakej Web Jualan Evolusi terkini (Amirol)
3) Pakej Web Jualan Advance terkini (Bearnerd)
Itu tidak termasuk versi webjualan keluaran mat saleh
Saya tidak tahu, versi “lama” yang Lolok maksudkan itu versi yang ke berapa. Harap beri penjelasan sikit ya
Seperti yang saya nyatakan, skrip “order form” (terumatanya) dan skrip affiliate yang nampak sangat sama. Yang lain-lain tiada masalah..dan saya pun tak faham kenapa Lolok kaitkan dengan contoh yang agak menyimpang jauh (macam perbandingan agama tu)
berhati-hati ya saudara, contoh yang saudara bagi tu-agak sensitip jugak, saya beri setakat kajian dan pemerhatian saya, mungkin Lolok lebih pandai dari saya. dan saya tetap menghormati pandangan Lolok.
Saudara Lolok kena faham perkara ini: tiru teknik dan plagiat adalah tak sama..jika tak faham, Lolok boleh baca komen panjang dari Amirol sendiri
dan saya tak akan sekali-kali kata Irfan Khairi dan Fuad Latif tu cedok dari Amirol- masing2 ada keunikan masing2.
Dan saya bukanlah dengki, jeles atau sebagainya. Saya bukan juga fans kepada sapa2. Namun terpulang kepada Lolok untuk menilai.
Harap jawapan saya dapat memuaskan hati Lolok
p/s: saya gagal akses blog yang lolok bagi tu, siap tulis macam ni lagi: Sorry, the blog you were looking for does not exist. However, the name majalahomlinemalaysia is available to register! . Saya sangat2 mengalu-alukan Lolok sekiranya dapat memberikan blog Lolok yang sebenar (sekiranya ada) -- terima kasih
Salam Plagiat, terima kasih atas info anda, saya ada klik, tapi bila blog Plagiat, tak nampak ape2 pun, boleh Plagiat berikan saya link yang betul, untuk saya tengok
Salam Mefranz, jika Mefranz sudi share maklumat itu kepada saya, Mefranz boleh gunakan ruangan support (Hubungi) yang telah saya sediakan pada blog ini.
terima kasih atas keperihatinan anda
best tajuk kau ni. memang patut didedahkan. semua pengecoh… kalau diselidik.. banyak antara mereka ini bukan ada background web designer atau web developer. saya bukan jeles atau apa. tapi kesian tengok ramai yang tertipu.
well..diaorg dh jadi kroni..aku tgk web site IM Malaysia semua guna testi kroni.sama ada jual rahsia ebay kunun,rahsia jadi jutawan internet kunun,rahsia jual barang kunun..cmon lah..kalau setakat trasnglate ebook dari luar tak payah la nk kelentong.low class…shame on u!
hazrinpicxel: bagi saya, jika mereka tiada pengalaman dalam bidang berkaitan, tidak menjadi masalah besar asalkan tidak “copy and paste” bulat2. Itu yang yang tak kena, tak mahir tapi mengaku “otai”. Kalu ditegur, melenting plak. terima kasih atas pandangan anda,
zainal: masalah kroni? Betul juga untuk sesetengah produk. Jika pemberi testimoni yang dipilih itu memang betul-betul test/guna produk tersebut, itu tak jadi masalah, yang jadi masalah besarnya jika pemberi testimoni tu sekadar “angguk” dan sekadar nak “naikkan” rating link mereka.
Masalah produk translate; jika ikut pada terma dan syarat, pada pandangan saya, itu tak jadi satu kesalahan / memalukan.
Saya akui, ada jenis “penjual” amik jalan mudah-”cut and paste” dari 2-3 jenis ebook dan mengaku itu produk ori mereka! Lambat laun, ada orang lain yang akan bongkarkan!
Apepun, saya pasti zainal lebih berpengalaman dari saya dalam memilih produk. Saya sangat menghargai pandangan anda. terima kasih.
perghhhh pedas gak entri ini. hehehe. blm lagi rahsia yang ada pada ebook admin sendiri ni. ehehehe.
walaupun isu hangat dan pedas, tapi aku masih respek pada dua dua IM yang terlibat. dari komen masing-masing dapat dilihat mereka ini menjawab dengan professional.
apa apa pun pengajaran telah ada disini. harap semua ambil iktibar
taukey: pedas?takdela..biase je wentri ni, entri taukey lebih pedas lagi woo..blogstarz, saya sempat taruk komen kat blog shamsuriyadi je. Kalo taruk lagi komen kat blog taukwey, tentu lebih “hot and spicy”.
rahsia kat produk saya?
kalo baca versi upgrade ni, boleh jadi macam2 pandangan kot. Taukey dah expert, ebook ni untuk newbie, kurang sesuai sikit untuk otai macam taukey. Nak tolong review free, boleh hubungi saya
pepun,taukey; anda selaku blogger yang saya hormati, terima kasih atas pandangan anda.
Emph, satu ulasan menarik dari Rizal mengenai isu Plagiat dan respon profesional dari Amirol dan Bearnerd. Isu yang memang telah menular sama ada secara Online atau Offline semenjak dulu lagi.
Cara saya yang paling selamat ialah menggunakan source PLR walaupun mahal namun berbaloi kerana terma dan syarat kebiasaannya adalah lebih bebas.
Artikel dan komentar yang menarik!
Ya, itu yang sebaiknya Bro Abooain
. Nak selamat boleh gunakan PLR. Sebaiknya gabungkan beberapa koleksi PLR dari tajuk/topik yang sama; baca; ubah balik dan jual ikut versi malaysia.
p/s: Para pembaca yang saya hormati! Ikutilah tips ringkas yang Bro Abooain berikan tu, Abooain memang banyak pengalaman dalam bab pemasaran internet marketing ni, beliau ada “killer produk” yang tersendiri.jadi anda boleh direct ke blog beliau.
komenebook.com, kenapalah aku baru jumpa blog ko ni ye..
klau aku jumpa dulu2 lagi kan best.. haha..
ayat ko memang pedas, n memang POWER. klau aku, memang takleh nak tulis ayat2 camtu. berterabur je semua.. almaklum-lah, aku ni tak pandai menulis sgt. aku pandai ngadap coding jek.. hee..
.-= baloot´s last blog ..(Pertandingan) Dapatkan eBook Percuma -- How To Make Money With YouTube =-.
Bagi saya, Pandai coding lebih bagus dari review, sebab boleh explore macam2, duit pun masyuk sebab tak ramai yang suke buat kejer “ngadap” nie
.
Salam.
Baru cadang2 nak terjun ke dunia online, dengar komen2 isu plagiat ni gerun plak rasenya. Wa ikut stail Abooain je la…guna produk PLR!
.-= benbaz´s last blog ..video swimathon Kapas Marang 2009 =-.
Assalamualaikum,
Buat pengetahuan tuan tanah, script borang pengesahan pembayaran yang ada dalam Pakej Web Amirol sebenarnya dicipta oleh orang lain , iaitu Mr Kalinga (anda boleh download script tersebut di laman ini http://www.onetforum.com/formmailer/gnu.html) ianya berlesen GNU.
Wa’laikumussalam
Untuk pengetahuan Tuan Muhammad Muaz, owner produk rahsia soya & taufufah yang saya hormati, post ini “setel”, dah “tutup buku”.
Lagipun, kedua-dua belah pihak telah menyatakan hujah masing-masing. Untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Dengan kata lain, Tiada lagi isu berbangkit.
Saya benar-benar berharap agar Tuan Muhmaad Muaz memahami falsafah GNU license itu sendiri, Paling penting kaedah2 yang digunakan untuk membolehkan seseorang itu “claim” skrip2 dari GNU boleh diubahsuai menjadi “milik saya”
Org2 yg baru kenal biz internet mcm sy memang tak tahu nak beza mana yg original atau plagiat version. Satu lg sy rasa kat Malaysia ni ramai yg buat produk tp produk tu tak sampai tujuannya. Contoh kalau produk pasal panduan utk iklan guna adwords tp bila baca isinya tak seperti yg diharapkan utk memberikan panduan tersebut. isi2 tergantung, copy dr version English. Sy baca ebook free mengenai adwords tersebut lg lengkap dan sampai tujuannya.Tak syoklah produk2 mcm tu
.-= MohdHafizKamal´s last blog ..A Woodworking Business – From DIY to Home Based Business =-.
Jika direnung Memang ada perbezaan yang jelas usahawan internet yang menjual produk evergreen dengan jenis yang mensasarkan keuntungan semata-mata. Ini antara sebab saya publishkan artikel ini dan buat produk Panduan Beli Ebook. Terima kasih atas perkongsian jujur MohdHafiz
jalan-jalan dalam alam cyber tiba-tiba terjumpa artikel ni. Panjang juga isu yang dibahaskan. Memang admin ini mempunyai hobi mengumpul ebook agaknya, sesuai dengan domain.
Saya tak kumpul ebook, saya beli ebook dan praktikkan apa yang ada dalam ebook tersebut. Bila dah praktik, tahu pro dan kontranya baru saya review
makasih udah membagi info ini, moga sukses slalu, jangan lupa mampir tempat saya
Sama-sama Souvenir Maggie, situs kamu pun memang menarik dan padat dengan berbagai isu semasa
Assalamualaikum…. Wah….hebat2…tahniah lA KPD otai2…mmg terbaik.. Saya selaku org yg bukan shja baru….tapi ZERO mmg kagum la tgk semangat dn usaha mgembangankan penguasaan tekno. apa pun moga sucsess sokmo En Rizal…thanks ilmu share kat ake***** tadi..hehehehe….