Transformasi: Satu Impian Atau Khayalan?
Salam hormat buat pengunjung setia KomenEbook.com yang saya hormati.
Agak lama juga saya ‘menghilangkan diri’ dari dunia online – sedar tidak sedar sudah 3 bulan saya tidak menerbitkan apa-apa artikel.
Kekurangan Idea?
Itu bukan menjadi persoalan kerana setiap bulan ada sahaja isu yang ingin saya utarakan….
Sibuk?
Itu juga bukan menjadi persoalan kerana masih ada lagi insan yang lebih sibuk hidupnya berbanding saya.
Jadi, apa masalahnya?
Pertama, blog ini dalam proses ‘ujikaji’. Saya ingin tahu apakah yang akan terjadi sekiranya blog itu tidak dikemaskini. Antaranya, adakah:
- populariti dan pengunjung akan turun? Jika turun, berapa peratusannya?
- page rank akan turun?
Kedua, Sebenarnya saya adalah transformer dalam proses transformasi. Kata matsaleh ‘transformation’.
Proses ini bukan mudah untuk dicapai, ia mengambil masa, mungkin berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Kesabaran, kesungguhan, usaha yang jitu, kesilapan dari pengalaman lepas, dan yang paling penting MINDA positif sangat penting untuk merealisasikan semua itu. Ya, usaha sahaja tidak boleh mengubah keadaan sekiranya tidak disertakan dengan kekuataan minda.
Mindset yang membentuk minda itu menjadi positif atau negatif.
Sebagai contoh, selama ini saya hanya berjaya membina laman minisite yang berasakan kod html/htm. Dan pada suatu hari, saya berazam untuk mengubah laman minisite tersebut kepada platform wordpress. Justeru, apa yang mesti saya lakukan? Antaranya adalah:
- Memahami konsep luaran dan dalaman wordpress
- Memahami konsep “penyeragaman”
- Membeli themes premium dan plugin premium, dan praktikkannya
- Membeli domain dan hosting khas untuk bereksperimen
- Praktik, praktik dan praktik
Hasilnya, setelah mencuri-curi masa sekitar 3 bulan ini, ini yang telah saya pelajari – gabungan wordpress dan minisite dengan menggunakan themes premium. Berikut adalah dua contoh yang telah saya gunakan:
Dan ini yang terbaru Tutorial Minisite…
Bagaimana dengan kod html? Sejujurnya, hanya 2% sahaja – iaitu semasa nak ‘center’kan header di atas dengan themes yang telah saya gunakan. Selebihnya hanya menggunakan keistimewaan themes yang sedia ada, seperti ‘shortcodes’, dan ia termasuk SEO. Jadi memang tak sakit kepala pun
Elemen terpenting di sini adalah penyeragaman. Secara sedar atau tidak sedar, akan lahir satu identiti yang kita cipta sendiri, menarik bukan!
Seperti yang telah saya katakan di awal tadi, semuanya bergantung kepada sejauhmana anda mengawal minda anda. (Bijak pandai mengatakan minda terdiri dari minda sedar, minda separa sedar dan minda di luar sedar).
Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, seorang yang feymes ~ bukan setakat TV, Radio, malah salah seorang yang menghasilkan sebuah buku yang terjual lebih dari 30,000 naskhah – 55 Petua Orang Berjaya (terbitan PTS Millenia Sdn Bhd).

Bagi saya, beliau merupakan seorang motivator dan perunding yang hebat. Agak terkejut juga saya kerana sewaktu beliau menceritakan asal-usulnya – dari seorang yang sangat-sangat takut untuk bercakap, kini beliau berjaya mengatasi kelemahan tersebut dengan begitu cemerlang sekali. Apa yang beliau perkatakan pada 23 Oktober 2010 lalu, memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Dan pada petang itu juga, saya berjaya mendapat tandatangan beliau setelah hampir sekian lama menunggu…tak kisahlah, asal dua-dua buku tersebut dapat ‘cop sirim’ dari penulisnya
Pada sebelah malamnya pula (awal pagi, sekitar hampir 1 pagi), saya berkesempatan untuk berjumpa dengan seorang IM yang berstatus Super – sapa tak lagi kalau tak Mohd Amirol Zolkifli. Orangnya memang selamba dan hensem . Serius!!! Rugilah kalo takde awekssss tak tekel beliau. Dalam pertemuan kami sekitar satu jam di kedai makan, banyak perkara seperti gosip-gosip panas dan projek-projek hot yang disembangkan. Apa tidaknya, kenal sekitar tahun 2008, itupun menerusi YM (Yahoo Messenger) dan SMS, tetapi tahun 2010 baru dapat bersemuka. Setelah sejam lebih berborak-borak dengan beliau, tidak dapat saya nafikan beliau penuh dengan perancangan jangka panjang mengenai dunia internet yang telah beliau ceburi sekian lama (seingat saya, sekitar 2005)
Malangnya, gambar tak sempat saya rakam
Sebelum saya akhiri post kali ini, ingin saya kongsikan dua tip asas dari buku 55 Petua Orang Berjaya, saya quote dari apa yang diberikan oleh Tuan Haji Ahmad Fadzli sendiri:
PERTAMA:
KEDUA:
Dan ini pula petua emas dari Dr. Irfan Khairi (dari buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah-terbitan PTS Millenia Sdn Bhd)
Renung-renungkanlah…
p/s: Saya juga menyediakan satu servis baru – Pakej Setup WebBlog
KomenEbook
Latest posts by KomenEbook (see all)
- Ebook Sistem Support – Sistem Sokongan Pelanggan Dilancarkan - 5-Feb-2012
- Panduan Beli Ebook Versi 2.0 Dalam Kemaskini - 22-Sep-2011
- Rumah Online: Cara Beli Domain Dan Hosting - 3-Sep-2011
- Plugin WordPress Pilihan KomenEbook - 1-Feb-2011
- Promosi Tukar Themes Premium Dengan Harga Murah - 18-Jan-2011






Salam kembali. Sudah lama menyepi.
Saya suka petua emas drpd Irfan Khairi itu. Terima kasih.
(salam) Hadi Rofiee, moga sihat-sihat jua.
ya, saya memang lama menyepi yang bersebab. terima kasih kerana masih lagi mengikuti perkembangan saya
jujurnya saya pun tertarik dengan idea irfan khairi. sama-samalah kita ubah minda kita ke tahap yang lebih baik
menarik..rase mcm nk join..,tp bulan nie sibuk dgn persiapan final exam..
Hafizudin, utamakan apa yang perlu anda rasa perlu diutamakan
sye rase sye dh buat kali ketiga sye bace profil en rizal..,ade sesuatu yg membuatkan sye berasa suke dan ketawa seseorgn apbl sye bace…
entahlah..,mcm ade maksd yg tersirat ape yg en rizal tulis…
Semuanya bergantung atas apa yang anda fikirkan