Assalamu’alaikum Wrt Wbt

Terima kasih buat pengunjung yang saya hormati kerana sentiasa berkunjung ke weblog ini :-)

Zaman saya sekolah dulu2, sekitar area 1993, ada sorang peminat bagi kad raya pada saya..punyalah gemuruh darah saya masa tu..Almaklumlah, masa sekolah, jenis malu-malu harimau…Heh!

Masa tu, kalo terima kad raya, kiranya orang tersebut glamerlah. Lagi banyak terima, lagi glamorouslah orang tersebut! Saya dapat 2-3 keping aje…Yang kawan saya lagi sorang, pergh!..start dari adik angkat, sampaila ke kak angkat, itu tak campur lagi dari awek2 angkatnye…hehe…

saya masih ingat ketika itu, seminggu dua menjelang raya, sorang senior saya, dengan menggunakan type-writer, beliau berjaga sampai pagi untuk ‘menulis ayat-ayat jiwang’ untuk dihantar kepada, rakan-rakan dan  kenalan istimewanya..alunan bunyi mesin taip tu dikira macam ganti radio la 😀 (zaman saya, bawak sebarang radio, sah kena denda dan demerit, zaman sekarang saya tak tahu..hehe)

Itu tak termasuk dengan yang gunakan kaedah manual. Ada yang tulisannya cantik, ada yang tak. Saiz kad tak usah kiralah. Kecik, sedang, besar…suma ada. Itu tak dikira lagi hostel sebelah perempuan yang memang terkenal dengan penghasilan kad-kad yang cun-cun dan pelbagai jenis warna tulisannya.

Dari kad raya yang kosong, sampaila yang bunyi ‘ala-ala jiwang’…kad raya merupakan penyeri wajib sepanjang musim perayaan aidilfitri.

Hakikatnya, kad raya merupakan medium pengganti diri yang terbaik buat masa itu..

Namun, dengan perkembangan teknologi sekarang, budaya mengepos kad, sudah tidak menjadi semeriah dan sefeymes seperti dulu.

Dua alasan yang sering saya terima:

  • Kos setem (koman-koman 30sen untuk sekeping kad, kalo 20 orang, berapa?..itu belum campur kos minyak dan kos alatulis lagi)
  • Tempoh Sampai Ke tangan penerima. Lagi lewat hantar ke pejabat pos, lagi lambatla sampai…itu tak campur lagi kes kad yang tak sampai (saya pernah alaminya..penat je ngarang ayat2 baek, tapi tak sampai ke tangan yang sepatutnya, hoho)

Dengan kata lain, tradisi pos mengepos ni sudah ‘ditelan’ secara perlahan-lahan walaupun masih ada yang cuba mempertahankan budaya ini.

Ok, berbalik kepada post ini, sekiranya anda tergolong yang mempunyai ramai kenalan, contohnya, 50 – 100 dan ke atas, anda tak perlu susah hati untuk menghantar kad raya kepada mereka!

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, ucapan hari raya telah boleh dihantar menerusi sms, mms, email, atau paparkan sahaja pada blog/website.

Namun, satu persoalan di sini, tak kan sekadar nak tulis ucapan tanpa grafik yang boleh buatkan si pembaca tertarik bukan?

Berita baiknya, dengan menggunakan sedikit daya imaginasi dan unsur-unsur kreatif, anda boleh menggunakan satu action script yang dihasilkan oleh otai designer yang cun dan feymes, iaitu Luvleey.

Skrip yang telah beliau hasilkan ini sebenarnya telah saya gunakan pada hari raya tahun lepas. Anda boleh klik di sini untuk membaca post tersebut.

Yang menariknya, skrip tersebut telah berjaya buatkan beberapa kenalan saya bertanya macam-macam soalan, lantaran kekaguman mereka pada final output kad tersebut :-)

Secara ringkasnya, skrip tersebut menggunakan perisian adobe photoshop dan perlu install action script tersebut ke perisian photoshop. Reka cantik-cantik dan tekan butang action script (3 langkah aje)..kemudian siap, seperti ini.

kad-raya-komenebook

Kad di atas hanyalah satu contoh yang boleh dimanfaatkan dengan action script tersebut. Jika anda perasan di situ, ada diselitkan tulisan jawi. sumber itu diperolehi dari Vectorism.blogspot.com .

Satu lagi dilema yang mungkin bermain – main difikiran. Masih takde idea untuk design grafik yang cun melecun. (gambar kad raya di atas pun, saya hasilkan secara spontan sahaja, sebab langsung takde idea dan jenis saya yang memang ‘kureng’ dari segi kreativiti dan bab design neh, hahaha)

Jika anda langusng takde idea nak letakkan apa-apa bahan grafik, satu berita baik saya nak hebahkan di sini. Team Kedai Kreatif menerusi WanWMA and the geng telah memudahkan urusan anda kali ini.

Dengan kos sekitar RM 30, anda bukan mendapat satu templat grafik, tetapi lebih dari 100 templat kad raya untuk anda…Banyak jugak tu!

Apa yang boleh dibanggakan di sini, templat yang dihasilkan mereka boleh dihantar menerusi telefon bimbit, email ataupun jika masih suka kaedah tradisional – pos!

Terdapat tiga jenis saiz yang telah dihasilkan oleh mereka:

  • 176 x 144
  • 240 x 240
  • 450 x 450

Walaupun banyak pilihan templat, dari segi watak kartun, semoga boleh dipelbagaikan dan ditambah. Begitu juga dengan pattern ayat-ayat yang telah dihasilkan.

Berikut, ini adalah sampel yang saya pilih dari pelbagai templat grafik ciptaan team WanWMA dan digabungkan bersama dengan action skrip hasilan Luvleey.

kad-raya-komenebook2

Menarik bukan? Dah takperlu sangat fikir nak karang ayat-ayat, paling penting, templat yang dihasilkan ini, boleh sahaja digunakan pada tahun depan 😀

Mungkin selepas ini, team WanWMA boleh pula menghasilkan variasi templat untuk hari jadi, hari ibu, hari bapa, atau apa-apa jenis hari yang mereka fikir boleh memberikan manfaat kepada komuniti.

Harap  Luvleey boleh mengambil alternative yang sama, hasilkan action script untuk pelbagai jenis posisi kad. Saya yakin, produk tersebut, pasti ada sambutan!

Ada yang menyambut hari lebaran dari satu hari hingga ke sebulan penuh. Jadi..sempatlah anda pilih yang mana-mana templat hasilan team WanWMA yang anda rasa berkenan, pilih, hasilkan dan hantar kepada kengkawan.

Ops, tak lupa juga buat insan-insan yang lebih kreatif dari team WanWMA, anda boleh sahaja ambil ‘sedikit’ upah, dan jalankan bisnes kad raya digital sebulan raya tahun ini. Secara tak langsung, dah boleh jadi usahawan internet sambilan, dan masyuk juga sikit income yang telah banyak dihabiskan untuk beli barang keperluan atau bagi duit raya kat budak2..hehe

Sedar tidak sedar, bulan Ramadhan telah berlalu, bulan yang banyak mengajar kita erti kesabaran, bulan yang telah mendidik kita menjadi insan yang lebih taat dan patuh kepada-NYa.

…dan telah tiba pula bulan Syawal sebagai nikmat dariNya kepada hamba-hambanya-Nya.

Pada kesempatan yang tak seberapa ini, saya sebagai admin blog www.komenebook.com, ingin mengucapkan jutaan kemaafan kepada semua rakan online saya, kenalan offline, dan terutamanya anda, sebagai pengunjung setia yang sentiasa saya alu-alukan.

Sepanjang tempoh saya sebagai blogger sambilan, pelbagai peristiwa pahit manis yang berlaku. Komen dan cadangan dari anda, saya sangat-sangat hargai..

Tanpa sokongan anda, siapalah saya…

Sedikit pesanan bersama untuk dikongsi:

  • Berhati – hati ketika pulang ke kampung. Utamakan keselamatan, jika mengantuk, singgah sebentar untuk rehat atau minum air kopi atau isotonik. Biar lambat sedikit sampai, asal selamat semuanya.
  • Pastikan rumah yang ditinggalkan untuk pulang ke kampung dalam keadaan ‘selamat sepenuhnya’.
  • Jangan main mercun! Kalo nak main jugak, pastikan aspek keselamatan diutamakan sepenuhnya.
  • Hargai, nikmati dan renungkanlah bersama hikmah Allah menciptakan Syawal buat kita semua.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Langgan 'Newsletter' KomenEbook.com

Sertai 'newsletter' KomenEbook.com untuk menerima sebarang informasi dan terbaharu. Email dan Nama anda SELAMAT dalam simpanan kami.

Langgan 'Newsletter' KomenEbook.com

You have Successfully Subscribed!

Share This

Share This

Share this post with your friends!