Blog Dan Cara Untuk Memanfaatkannya
February 29, 2008 – 4:13 am | by adminBlog merupakan trend yang menjadi kegemaran masakini. Ia merupakan tempat untuk ‘melakar' segala pendapat, luahan emosi dan perasaan, medium hiburan dan komuniti sosial, dan yang paling digemari ramai sekarang: mengembangkan sayap perniagaan. Tahukah anda bahawa benua Asia merupakan pengguna (bloggers) tertinggi berbanding benua Eropah dan Barat?Statistik kepenggunaan blog seperti yang dinyatakan oleh Edelmen melalui "A Corporate Guide to the Global Blogosphere" menunjukkan Jepun merupakan bloggers yang paling aktif (74%), diikuti oleh penduduk Korea (43%) dan seterusnya negara China (39%).
Sekiranya merujuk kepada penggunaan bahasa pengantar, Bahasa Inggeris masih menjadi pilihan iaitu 39%. Jepun di tangga kedua (31%); dan China pada 12%.
Sekiranya digabungkan fakta ini dengan kenyataan di atas, sudah cukup untuk membuktikan ‘Pemenang Keseluruhan' jatuh kepada benua Asia. Tambahan pula, Asia sememangnya benua paling luas di bumi ini
Apa yang saya ingin nyatakan di sini, blog merupakan satu tempat yang PALING SESUAI untuk menukarkan gaya hidup mengikut acuan anda. Apatah lagi sekiranya anda seorang kaki biznes!
Anda tak perlu pening kepala untuk mencipta laman web yang canggih; malah tak perlu ambil masa yang lama untuk merekabentuk laman web. Ini kerana, sudah terdapat "templates" yang percuma dan hanya perlu dicantikkan mengikut kehendak anda.
Sekadar nak kongsi pengetahuan, jika tak tahu langsung tentang nak buat laman web, percaya atau tidak, dengan menggunakan perisian popular seperti Microsoft Word, tuliskan apa yang anda inginkan; "save" kan hasil kerja anda dalam bentuk "index.html" dan siap laman web anda!!! Jadi tiada alasan untuk tidak mampu membuat laman web pertama anda!. Jika tiada idea nak buat jugak, anda perlu mengupah pereka laman web, namun sediakan duitnya..
]
Namun, sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang baik dalam rekaan laman web, blog merupakan satu kelebihan untuk anda memaksimakan perniagaan anda. Blog juga mudah dikemaskini walaupun anda langsung tak ada kemahiran dalam "coding"
Sekiranya anda langsung tak tahu nak menjual apa, anda boleh menjadi rakan affiliate. Sebaiknya beli dahulu produk tersebut dan baru bercerita tentang kebaikan atau kegunaan produk tersebut. Ia akan menambahkan kepercayaan orang ramai terhadap anda. Penjual produk pun tak sakit kepala sangat, malah makin sayangkan anda kerana anda mampu menjual produk mereka dengan volume (jumlah) yang tinggi.
Atau anda boleh mencuba nasib dalam "Google Adsense". Cuma anda perlu sabar dan kreatif. Bagi saya, Google Adsense dapat membina keyakinan anda dalam berfikir. Ya, anda perlu mencari ‘niche-word' untuk membolehkan anda menjana duit. Anda harus percaya satu fakta ini, mulakan blog dengan apa yang anda suka, dan dari apa yang anda suka, anda mampu menjana duit.
Kepada sesiapa yang masih baru dalam arena blog (khususnya kalau niat nak cari pendapatan sampingan), jangan bazirkan masa terlalu lama. Pilih saje platform blog yang anda suka samada blogspot atau wordpress. Tambahan, ramai pakar di luar sana yang menyediakan berjenis-jenis panduan. Nasihat saya, jangan terlalu sayangkan duit untuk membeli ebook panduan. Tambahan pula, di negara kita yang tercinta ini, ramai yang telah berjaya hanya dengan menjual ebook panduan.
Mereka dah memudahkan cara, dah bagi jalan yang betul untuk membina perniagaan dengan menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Jadi, semuanya atas anda. Bagi saya pelaburan yang dilakukan oleh mereka yang menjual ebook panduan ini berbaloi. Cuma, pilihlah ebook yang betul-betul ditulis oleh pengarang ebook yang mempunyai autoriti dan jujur.
Namun, JANGAN pula tersalah memilih cara untuk menambahkan duit sampingan. Jauhi terus skim cepat masuk duit, skim duduk diam dapat duit dan apa-apa bentuk perniagaan yang anda tidak langsung tak tahu tentang kebenarannya. Ingat, setiap apa yang anda laburkan itu bergantung kepada sumber asalnya. Maksud saya, jika anda dapat ebook atau produk yang baik panduannya, maka 90% hasilnya turut menjadi baik. 10% lagi bergantung kepada usaha dan motivasi yang ada pada anda.
Jadi, manfaatkan blog dengan bijak..jangan lupa untuk menjana wang melalui blog!!!
Share ThisTags: blog, blogspot atau wordpress, cara memanfaatkan blog, duit sampingan, ebook, google adsense, kongsi pengetahuan, niche-word, panduan membeli, perkembangan blog, rakan affiliate
































