(Salam) dan Salam sejahtera.
Setelah 31 Ogos 2008 baru-baru ini, kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-51, saya bagi pihak komenebook.com ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 1929H. Semoga kita semua dapat bermuhasabah (menilai diri sendiri) dan mempertingkatkan amalan.
Harus diingatkan, bagi orang Islam, dari segi hikmahnya, berpuasa mengajar kita menjadi lebih berdisiplin (dari aspek kesihatan dan pengurusan masa). Hikmah paling penting, berpuasa itu dapat menginsafkan diri kita, mengingati kesusahan orang-orang yang daif, faqir miskin dan mereka yang tidak berupaya untuk mencari sesuap rezeki bagi menampung kehidupan.
Oleh itu, jika kita fikir kita ini susah, kita sepatutnya sedar, masih ada lagi insan-insan di dunia ini hidupnya lebih sukar dari kita. Justeru, hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan nikmat-Nya.
Pada bulan ini juga, setiap muslim dan muslimah diwajibkan membayar zakat fitrah. Zakat itu salah satu dari rukun Islam yang 5. Oleh itu, janganlah kita alpa, buat-buat lupa dan terlalu mengejar kekayaan sampai mengabaikan perintah Allah ini. Berzakat itu "menyucikan" harta kita. Lagipun, ianya(zakat) setahun sekali sahaja. Insya' Allah, jika kita ikhlas mengerjakan segala yang diwajibkan kepada kita, Allah akan menolong kita dari semua segi (Lambat atau cepat bergantung kepada amalan kita pada-Nya).
Buat para surfers, newbie, rakan online dan otai's (experts), saya memohon sepuluh jari, memohon maaf atas apa jua silap saya.
Aktiviti saya pada bulan ini makin ligat dan penuh dengan kesibukan...huhuhu...Apapun, inilah masanya saya mendisiplinkan diri dengan pelbagai urusan
. Harap anda semua pun aktif, sihat, ceria, buat duit banyak-banyak dan jangan lupa....
Pose jangan tak pose!
Popularity: 21% [?]


































No Comment Received
Leave A Reply