Tag a.k.a 5 Perkara Dalam Hidup Saya
April 10, 2008 – 1:29 pm | by adminHari ni masih lagi ada sikit kesempatan, untuk merayau-rayau di alam siber, sambil-sambil cari bahan untuk tesis master saya..Pening la jugak, tapi apa nak buat. Semua ni cabaran dan dugaan.
Kelmarin dulu baru merayau ke Blog kakeru, amirol dan beberapa blog lain. Ada jugak komen saya yang dah kena banned. mungkin keras sangat kot (hehehe). Baru je login blog dan merayau ke blog amirol hari ni. Baca punya baca, rupa-rupanya saya telah di tag, oleh kakeru dan amirol. Alamak, baru la saya faham, ni salah satu cara untuk merapatkan hubungan dan viral marketing. Maaf ye, saya 2-3 ari ni pickup slow skit. Banyak sangat training badminton.kejohanan dah dekat..penat.
Untuk Mengetag, beberapa syarat wajib dipatuhi:
- Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
- Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
- Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
- Jawab dengan segera sekiranya anda di‘tag'
Jadi, inilah 5 perkara pertama dalam hidup saya...check it out!
- Tak suka pergi sekolah. Pernah ayah rendamkan saya dalam sungai kerana terlalu malas nak ke sekolah. Tapi kalo bab makan, laju jer. Nak buat macam mana, antara cucu nenek paling manjer
- Saudara Amirol menjadikan saya rakan onlinenya. Tak tahu nak express macam mana. Siapa la saya ni berbanding dia. So, thanks a lot amirol. May Allah blessin' Ya!
- Habis SPM tahun 1996, dapat peluang kije kat sebuah kedai. angkat macam2 barang, pernah tertido dengan baju kijer, dan tak makan kerana terlalu letih. Gaji pertama masa tu (selepas tolak EPF) adalah RM 265.00. Tolak pulak hutang dengan kakak ipar, jumlah bersihnya dalam RM 165. Barula saya faham, mengapa ayah saya minta saya cari kijer yang paling susah. Memang susah nak cari rezeki demi nak suapkan kami adik beradik.
- Suka perkara-perkara yang berkaitan dengan coding. Pernah siapkan satu sistem maklumat pelajar yang menggunakan Access 2000. Pernah belajar java dengan sepupu (tapi separuh jalan je, huhu). Dan juga pernah "hancurkan" satu sistem kepunyaan orang lain. Nakal la jugak saya ni
- Terlalu aktif dalam sukan. Macam2 jenis sukan masuk, dari sekolah rendah sampaila ke peringkat U. Paling aktif sampai sekarang adalah badminton dan olahaga. Sampai mak saya naik pening dengan saya. Mempunyai banyak koleksi reket jenama Carlton, tapi hanya tinggal 2 batang je, yang harganya RMXXX...yang lain2 sumer dah patah. Takpe, minggu depan nak ke kedai sukan, ada rezeki, sambar 2 batang lagi. kejayaan paling terbaru dalam badminton telah saya release dalam bab bersakit-sakit dahulu.
Itu jela yang saya dapat citerkan, di kala umor 29 ni. Sebab games ni, hanya nyatakan 5, so, lima je yang boleh saya beri. nak share lebih, bolehla hantar email kat saya, isi je ruangan hubungi ya.
Di sini, saya pula akan mengetag 5 orang lain:
- Jedi79 - insan pertama yang menjadikan saya sebagai membersnya..terima kasih..
- wormcreators - kawan baru saya..(hope kita dapat saling mengenali nanti ya!)
- Jebat - Saya respek pada dia, sebab ebook panduan yang dia berikan itu membuka mata saya exlore Cpanel dengan lebih mendalam
- amirol - seorang yang unik dan kreatif. Terima kasih kerana selalu membalas email dan selalu berkongsi pendapat dengan saya.
- kakeru - insan pertama yang menganugerahkan saya "pelawat paling rajin" hehehe
This viral game is fun and may build health communities
Share This





































7 Responses to “Tag a.k.a 5 Perkara Dalam Hidup Saya”
By kakeru on Apr 11, 2008 | Reply
Alamak..saya kena tag lagi ke ni...? Huhu... Camner nih, dah takder idea ape nak letak lg ntah.. huhu ~ Tag yg kedua...?
kakeru's last blog post..Koleksi Buku April 2008
By Afzai Afandi on Apr 16, 2008 | Reply
Salam perkenaln tuan py blog
Dah smpi sini tag saya ni ekk...thanks sudi meriahkan tag ini.
Kira dahsyatlah ko ekk..malas gi sekolah tapi berjaya juga ke menara gading
Afzai Afandi's last blog post..Percuma Tapi Ada Kelass!!
By Abooain on Apr 16, 2008 | Reply
Wah, semakin luas virus Tag yang dicetuskan oleh si Afzai ni!
Perkongsian pengalaman yang baik.....
Saya dulu-dulu minat gak dengan Badminton ni, selalu je sewa dewan untuk bermain tetapi sekarang ....dah gedempol!
dah tak terangkat tubuh nak smash!
Abooain's last blog post..HASIL DARI PRODUK MRR/PLR
By admin on Apr 16, 2008 | Reply
betul tu abooain..afzai ni memang pandai dalam bab Tag ni..takper...abooain boleh try turun semula. badan sihat, otak pun cergas
buat afzai, saya ni takle dasyat sangat..masih malas jugak sampai sekarang..apapun, doakan saya agar saya abis master ye..hehehehe
By Afzai Afandi on Apr 16, 2008 | Reply
Mau tak gedempol...masa banyak duk habis kat depan PC jer
Afzai Afandi's last blog post..Percuma Tapi Ada Kelass!!
By titan on Apr 17, 2008 | Reply
ni keje afzaila nih. merebak satu malaysia..
titan's last blog post..How many of you have Bicycles Engines?