Upgrade Blog WordPress Anda Dengan Video Panduan Mudah Smartzul
SAYA DAN PERKEMBANGAN WORDPRESS.
Sedar tidak sedar, tahun 2008 sahaja sudah lebih dari 3 kali versi wordpress telah dilancarkan. Saya rasa sayalah yang paling lambat untuk kemaskini versi wordpress. Sejujurnya, saya mengemaskini blog ini pada 31 Disember tahun lepas. Saya mengambil risiko yang agak tinggi kerana melakukan proses kemaskini pada masa connection yang tak berapa bagus. Pantai Timur masih lagi dengan musim tengkujuh.
Sepanjang tahun lepas, blog ini pernah saya upgrade ke versi 2.5, namun saya “downgrade” kembali ke versi kesukaan saya- 2.3.x. Jika saya upgrade sekalipun, hanya dikhususkan untuk blog ekperimen saya. Ya, salah satu database untuk hosting ini, memang saya khususkan untuk lakukan pelbagai eksprimen.
Perkembangan wordpress sangatlah memberangsangkan. Saya sendiri tak menyangka, dari satu platform “open source” yang bersaing dengan platform lain (terutamanya blogspot), ianya kini menjadi pilihan di kalangan blogger tempatan atau antarabangsa.
Dan sekarang ini, pihak pembangun sistem ini sedang berusaha untuk menaik-traf ke versi 2.8! Hmm..tak tahulah ape lagi yang masih tak lengkap ni
. Malah, dikatakan, dengan memasang versi 2.7 ni, proses upgrade ke versi seterusnya lebih mudah, tak perlu remove fail-fail penting, hanya click and play je..boleh caya ke ni, hehehe
PENTING KE TAK UPGRADE KE VERSI TERKINI?
Sebenarnya, isu kemaskini adalah satu perkara subjektif. Ada yang mengatakan kemaskini ni penting. Sebab utamanya adalah sesetengah kod atau plugin mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik. Ada kebenarannya, kerana saya sendiri pernah mengalami perkara masalah sistem wordpress yang tidak serasi dengan plugin. Malah saya juga terpaksa memilih sistem keselamatan alternatif untuk melindungi blog ini dari email spam dan anasir yang tidak diingini – semuanya berjalan dengan lancar.
Ada pula yang berpendapat, tak perlu upgrade kalau tiada tujuan. Alasan mereka, tak guna sangat kejar teknologi, lagipun wordpress ni setahun sahaja dah 3 kali tukar versi – mane larat nak upgrade, leceh ar bro! – Pendapat itupun saya terima.
Pendek kata di sini, soal kemaskini ke versi terkini timbul atas rasa kesedaran individu, juga bergantung kepada sejauhmana kepenggunaan dan kepentingan versi wordpress pada seseorang. Jika anda seorang yang mengutamakan soal keselamatan, suka menikmati setiap perkembangan terkini, saya sarankan anda sentiasa kemaskini dengan versi yang berkenaan. Pastikan juga plugin yang dipilih serasi dengan sistem wordpress.
BEST SANGAT KE PRODUK NI?
Saya pernah mengulas satu produk keluaran Smartzul-Produk Panduan Asas Membina Blog WordPress. (Review produk itu akan dikemaskini tidak lama lagi). Produk tersebut tidak menunjukkan secara langsung kepentingan melakukan proses naik-taraf ke sistem wordpress terkini.
Jadi, video tutorial ini sebenarnya saya ibaratkan sebagai pelengkap kepada killer produk tersebut. Yang pentingnya, produk ini didokumentasikan dalam bentuk video! Maka mudahlah nak faham kerana semua pancaindera kita tentunya lebih fokus atas apa yang ingin disampaikan. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana produk ini tetap dibuat dalam format ebook! Tentu letih…betul tak Bro Zul.
Oleh kerana ia dibuat dalam bentuk visual dengan kualiti suara yang jelas, maka mudahlah para pengguna produk ini memahami langkah demi langkah, prosedur sebelum kemaskini, semasa menaik taraf dan tindalan susulan selepas proses naik-taraf. Proses upgarde tak dianggap menjadi “fear-factor” lagi.
ISI KANDUNGAN VIDEO PANDUAN UPGRADE BLOG WORDPRESS
Video ini mengandungi 12 langkah-demi-langkah cara menaik-taraf secara manual. Tambahan pula, satu tutorial khas selama hampir 10 minit dikhususkan kepada pengguna yang memasang blog wordpress menerusi fantastico. Proses menaik-taraf dengan fantastico lebih mudah berbanding manual.
Secara umumnya, inilah yang gambaran secara kasar tajuk beserta dengan jangkamasa video ini (minit : saat).
- Pengenalan / Mukaddimah (5 :31)
- Pemasangan Perisian FileZilla (5 :52)
- Backup Database Blog (5 :26)
- Backup Files Blog (5 :15)
- Deactivate Plugins (2: 04)
- Semakan Langkah Utama (1: 30)
- Download WordPress Versi Terkini (2: 19)
- Delete Files Blog Di Server (9 :31)
- Upload WordPress Terkini (4 :41)
- Proses Upgrade Blog (4: 01)
- Activate Plugins (6 :45) dan video yang terkahir iaitu
- Semakan Terakhir (6 :15)
Apa yang saya “bold” kan di atas adalah antara proses yang paling kritikal semasa melakukan proses pemindahan data dan semasa setup ke versi terkini. Ya, pemindahan data (salinan data) dari server (di sini merujuk kepada hosting kepunyaan blogger) sangat berisiko. Data yang dipindah boleh jadi rosak atau tidak sempurna. jadi, hati-hati ya!
Justeru, melalui video tutorial ini, anda akan ditunjukkan secara berhemah proses naik-taraf secara live oleh Smartzul. Saya pasti, sebelum beliau mengeluarkan Video Panduan Upgrade Blog WordPress ini, beliau telah berkali-kali melakukan eksperimen dalam menjayakan dokumentasi ini. Malah, beliau telah menerangkan apa yang patut dan tak patut dalam proses ini.
Lain-lain proses bukan bermakna tidak penting. Tetap penting namun tidak sekritikal 4 proses di atas.
Kali pertama saya lakukan proses naik-rataf, rasa “bedebor” tu, hanya Allah je yang tahu. Lepas tengok video ni sampai 3 kali, baru ada konfiden jugak.
Walaupun data dan post artikel masih tak banyak, tapi risau jugak kerana apa sahaja boleh berlaku. Namun rasa tak selesa itu sedikit demi sedikit dapat di atasi kerana saya sering “bermain-main” dengan blog ekperimen. Apa yang saya maksudkan di sini, saya sering lakukan proses “up-grade & down-grade” selepas berkali-kali menonton video ini
BONUS UNTUK PEMBELI VIDEO INI
Selain dari jaminan kemaskini video secara percuma, anda juga bakal diberikan senarai semak proses (check-list) dan pelan pembelajaran berkaitan dengan proses upgrade. Disarankan agar cetak (print-out) senarai semak proses upgrade – ia lebih mudah sebenarnya.
Tidak dilupakan juga, 2 BONUS percuma bernilai RM 47 tetap diberikan. Panduan Mudah FTP (berserta dengan MRR lesen) merupakan satu produk yang mempunyai kaitan dengan proses naik-taraf blog. Manakala ebook “PC Protection Guide” menerangkan beberapa aspek penting mengenai keselamatan dalam dunia perniagaan internet.
RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA
Pro: Video Panduan Upgrade Blog WordPress
- Penerangan dalam Bahasa Melayu, kecuali untuk sesetengah perbendaharaan kata teknikal.
- Video langkah demi langkah yang tersusun.
- Kualiti bunyi yang jelas.
- Mudah difahami oleh newbie.
- Sesuai juga untuk rujukan bagi mereka yang telah berpengalaman.
- Anda boleh memulakan perniagaan dengan menyediakan khidmat menaik-taraf blog wordpress kepada pelanggan anda!
Kontra: Video Panduan Upgrade Blog WordPress
- Produk ini tiada “Jaminan Pulangan Wang dikembalikan” – Money Back Guarantee. (Namun, jangan susah ati dengan perkara ini, saya sendiri berpuas hati dengan video ini )
- Anda perlu mempunyai domain dan hosting sendiri – produk ini sangat tidak relevan untuk diaplikasikan dengan platform percuma.
- Proses upgrade mengambil masa yang agak lama dan berisiko. Bergantung juga kepada kelajuan talian internet. Oleh itu, fahami betul-betul video ini dengan sebaiknya.
INFO & Profail RINGKAS
| Judul Ebook | : | Video Panduan Upgrade Blog WordPress |
|---|---|---|
| Genre | : | Teknikal (Video) |
| Nama Pengarang | : | Mohd Zulfadli bin Suddin |
| Nama Samaran | : | Smartzul |
| Harga | : | RM 23.00 [ Harga Promosi] |
| Ketebalan | : | tiada maklumat berkaitan |
| Blog Rasmi | : | blog.smartusaha.com |
| Sokongan | : | Support email |
| Rating | : | 4 / 5 |
| Alexa Page Rank | : | 464,008 (tarikh kemaskini: 04/01/09) |
p/s:
- Anda juga boleh mendapatkan produk tutorial ini melalui reseller yang sah di sini
- Jika anda tiada masa dan perlukan khidmat upgrade blog, saya tawarkan perkhidmatan dengan harga sebanyak RM 25 30. sila hubungi ruangan support saya di sini
- Namun, saya sarankan anda membeli produk ini dan berekperimentasi dengannya..Insya’ Allah, anda akan mahir selepas mempratikkannya lebih dari 3 kali
KEMASKINI 7 DISEMBER 2011:




Saya rasa sayalah yang paling lambat untuk kemaskini versi wordpress -> salah!! aku lagi lambat.. infact masih dlm tempoh suai kenal lagi dgn wp..
oh ye ke En. Budeen, kalo macam tu, saya kena ubah statement la skit ye…
“Saya rasa En. Budeen lah yang paling lambat untuk kemaskini versi wordpress”
p/s: its seems that your blog have produced some nice article to share too; good fact and hepi blogging bro!
Upgrade blog..? Saya pun lambat gak..ahahaha…
aduh..kena tambah lagi la ayat ni, letak nama kakeru plak
ramai lagi ke yang belum upgrade blog rupenya..so, ape lagi..bertindak sekarang!!!
Ok, ok, buat latihan dulu paling kurang 3 kali baru buat di blog kesayangan. Kalau tidak……..taku takut cerita lama berulang balik, BLOG AKU HILANG! Trauma….
Latihan sampai 3 kali? wow..itu sudah hebat bagi saya. sudah semestinya jika dipraktiskan sentiasa akan membuahkan hasil yang lebih baik
Alhamdulillah tuan. Sekarang setiap kali wordpress mengupgradekan sistemnya, sayalah yang paling cepat mengupgrade blog hinggakan ditegur oleh NetKL.
Apa tidaknya, cepat sangat tak elok juga. Sebabnya ialah plugin-plugin yang belum diupgrade akan menyebabkan blog kita terganggu.
Jadi kalau nak upgrade pun tunggulah plugin-plugin pun sudah mula mengupgradekan sistemnya supaya ia serasi dengan sistem wordpress versi terkini.
Proses upgrade sekarang sudah tidak serumit dulu dan sangat mudah. Manual yang dihasilkan oleh Smartzul ini hanya sesuai digunakan sekiranya proses upgrade secara automatik tidak dapat dilaksanakan. tambahan pula terdapat plugin yang dapat simpan backup database dengan mudah. Saya sarankan agar ustazah rujuk artikel ini tentang plugin yang dimaksudkan : http://komenebook.com/plugin-wordpress-pilihan-komenebook/
ps: pada dashboard akan terpapar juga status plugin yang perlu dikemaskini dan juga kesesuainnya dengan sistem wordpress terkini. Moga informasi ini dapat membantu ustazah
salam sejahtera.
terima kasih kerana maklumat ini.
Sesungguhnya ini ada kali pertama saya tiba di blog ini. Saya amat tertarik mengenai beberapa ulasan produk yang disampaikan. Bagi saya, apa yang saudara KomenEbook sampaikan amat berhati-hati dan teliti. Sesuai dengan moto blog ini: ‘memberi komen bukannya mudah…ia kritis bukan puitis…”
Salam maju jaya.