Video Tutorial Grafik Jualan-Rahsia Pereka Grafik Hebat Terbongkar!
SAYA DAN GRAFIK
Saya dahulu tidak berapa gemar dengan grafik. Bagi saya, grafik hanya sesuai bagi mereka yang berjiwa seni. (saya takle seni sangat, hehehe). Jika anda seorang penguna windows, pada opsyen Accessories, ada program “paint”…Hmmm..kat situ pun saya dah “tak lepas”. Pendek kata saya dah betul-betul give-up dengan reka grafik dan seni pewarnaan…Payah! Payah! Dan Payah!. Malah secara peribadi, saya sangat respek bagi mereka yang hasilkan design yang cantik-cantik.
KEPENTINGAN GRAFIK
Grafik sebenarnya satu elemen yang tersangat penting dalam penghasilan laman web atau weblog. Sesiapa pun akan mudah tertarik (tanpa menilai isi utama produk / informasi) dengan sesuatu yang cantik, itu tak dapat dinafikan..betul tak?. Di waktu saya berjinak-jinak dengan blog dulu (thanks Smartzul), saya sangat mengagumi template web / weblog yang cantik.
Grafik juga sangat membantu dalam melariskan sesuatu produk, cuba anda lihat web jualan untuk produk terbaru labanon, produk amirol, produk munawar, produk jebat dan IM lain, semua desain yang dihasilkan itu memang menarik dan “matching” dengan tema dan konsep produk. Biasanya perisian popular yang digunakan untuk mengubah grafik biasa menjadi superb adalah Adobe Photoshop….sebut pasal Adobe Photoshop, saya telah “resign” awal-awal…payah woo…
LUV MENGUBAH PERSEPSI SAYA…
Luv (saya lebih suka panggil pereka berbakat ini Luvlee, membawa maksud cantik) telah mengubah persepsi kepayahan, fear factor saya mengenai adobe photoshop kepada satu perkara yang menyeronokkan! Barulah saya rasa, grafik ini satu seni dan eksperimentasi yang sungguh hebat.
BEST SANGAT KE VIDEO TUTORIAL GRAFIK JUALAN NI?
15 Video Tutorial yang disediakan oleh Luvlee telah membuka mata saya bahawa bidang grafik ini sangat berpotensi menjadi satu benda yang payah kepada satu eksperimen yang menyeronokkan (dan semestinya mendatangkan duit!).
Malah, Luvlee terang-terang mengajar bagaimana bereksperimentasi dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Barulah saya tahu, photoshop itu tidaklah sepayah mana! Walaupun dulu saya belajar dengan menggunakan buku omputih, namun saya blur jugak! (mungkin level buku tersebut tak sesuai dengan level saya). Thanks Luvlee, previously I hate Photoshop…I fed-up with photoshop, but you have changed my situation…it’s great sis! Adik saya yang saya anggap terer photoshop pun, dah tak boleh celen saya dah sekarang ni..hehehe…
Tutorial yang diajar Luvlee sangat mudah difahami dan tidak terlalu sukar untuk dikuasai. Beliau telah menjelaskan konsep asas grafik yang patut dikuasai oleh seorang newbie. Cuma untuk menjadi seorang yang sangat-sangat berbakat, latihan, pembacaan dan eksperimentasi perlulah seiring. Jangan anda (para pembaca) tersalah faham maksud saya ya! .
ISI KANDUNGAN VIDEO TUTORIAL GRAFIK JUALAN?
Tidak sesuai jika saya menceritakan kesemua isi kandungan tutorial ini. Namun, inilah antara faedah yang anda bakal perolehi melalui Video Tutorial Grafik Jualan ini:
- Bagaimana membina butang “download” (muat-turun).
- Cara-cara membina “Seal” – untuk produk yang dipasarkan.
- Cara membina web header untuk blog dan laman web jualan.
- Bagaimana membina e-cover dengan actionscript. Anda juga didedahkan rahsia melakukan actionscript sendiri!
- Membuat grafik pada footer.
- Cara-cara membina “background” pada webjualan anda!
- Cara membina order button.
- Dua teknik membuat “border” pada sekeliling imej.
- Teknik membuang background putih dan background sibuk-saya sangat menyukainya!.
- Edit gambar: Rahsia model terbongkar di sini. Tentu ramai model yang marah pada Luvlee lepas ni (hehehe..gurau je!)
- Bagaimana membuat screen capture. (dengan satu butang pada keyboard saja..!)
- Perkara dan teknik asas dalam menghasilkan animasi (seperti imej kelip-kelip).
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI VIDEO TUTORIAL GRAFIK JUALAN
10 bonus istimewa turut diberikan kepada pembeli video tutorial ini. Yang menariknya, anda dah tak perlu bersusah payah mencari bahan grafik asas. Semuanya telah disediakan, beserta dengan fail format *.psd. Format *.psd ini serasi digunakan dengan adobe photoshop. Bagi mereka yang nak berjinak-jinak dengan Macromedia Dreamweaver turut disediakan (Video berbahasa Inggeris). Tiga kupon istimewa juga disediakan, iaitu produk Amirol PWJE, Luvlee sendiri dan pembelian dari penyelia hosting PlanHoster.
Perkara-perkara yang saya ceritakan di atas hanyalah gambaran kasar sahaja. Itulah nilai yang anda dapat Jika anda beli pada RM 65. Ya..RM 65 bagi saya sangat berbaloi dengan kualiti produk yang disediakan. Jika anda mempunyai sebarang masalah yang berkaitan, anda juga boleh menghubungi ruangan support desk yang disediakan.
PARA PEMBACA…SAYA TELAH BUKTIKAN!
Jika anda perasa, pada header blog ini, saya hasilkan dengan sedikit sentuhan animasi. Untuk pengetahuan anda, inilah antara yang saya belajar dari 15 siri tutorial mudah yang diajar oleh Luvlee.
Jika newbie macam saya, yang langsung tensen dengan photoshop boleh buat, boleh buktikan sesuatu, maka seharusnya anda boleh juga melakukannya. Senang cakap, tiada alasan untuk tidak pandai, anda sendiri yang boleh merubah mentaliti anda.
Tuah ayam nampak di kaki, manalah tahu, selepas anda mempelajari dan bereksperimentasi dengan tutorial asas dari Luvlee, anda bakal menjadi seorang grafik designer yang hebat dan mampu menjana wang..bukankah itu lebih baik dari menghabiskan duit dalam program berbentuk duduk diam dapat duit?
RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA
Pro: Video Tutorial Grafik Jualan
- Edisi tutorial Bahasa Melayu sepenuhnya.
- Produk mesra pengguna.
- Harga yang berpatutan, sesuai dengan kualiti penyampaian.
- Sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan asas penghasilan grafik mudah. Bagi yang mahir juga digalakkan memiliki tutorial panduan asas ini untuk memantapkan skil yang ada.
- Persembahan dan penyampaian yang agak santai dari Luvlee
- Bab yang paling menarik adalah menghasilkan animasi asas dan membuang background putih dan background sibuk.
- Contoh dan langkah yang mudah difahami dan diikuti.
- Pembeli produk diberikan diskaun atas tempahan.
- Video Tambahan dan pelbagai bonus menarik.
Kontra: Video Tutorial Grafik Jualan
- Seni grafik adalah satu perkara subjektif, anda tidak boleh kuasai dengan cepat, perlukan kesabaran.
- Perisian Adobe Photoshop edisi percuma hanya sah digunakan selama 30 hari. Anda perlu mencari alternatif untuk mengaplikasilkan tutorial ini bersama adobe photoshop.
- Sesetengah video memakan masa, mungkin anda akan terlepas pandang perkara-perkara penting yang harus dipraktikkan.
- Tiada disentuh secara khusus untuk save fail dalam format-format penting seperti *.gif atau *.jpg. Mungkin newbie akan rasa sedikit “sukar”., namun ianya tidak mencacatkan persembahan keseluruhan produk tutorial ini.
- Grafik yang dihasilkan bergantung kepada kreativiti, ketekunan, pengorbanan masa dan mampu menguji kesabaran anda, (nasihat saya, jangan cepat putus asa), jika tak berkesempatan, anda boleh isi form dan tempah je kat dia, hehehe.
INFO & PROFAIL RINGKAS
| Judul Ebook | : | Video Tutorial Grafik Jualan (2008) |
|---|---|---|
| Genre | : | Video Teknikal / Video Tutorial |
| Nama Pengarang | : | Nurulhayati Mohamed |
| Nama Samaran | : | Luv @ Luvlee |
| Harga | : | RM 65.00 |
| Ketebalan | : | Tiada Maklumat |
| Blog Rasmi | : | grafikjualan.com/blog |
| Sokongan | : | Support Desk |
| Rating Ebook | : | 4 / 5 |
| Alexa Page Rank | : | 3,082,835 (kemaskini: 29/09/08) |
Anda nak tunggu dan terus menunggu, tak mahu melakukan perubahan dalam diri anda! Layarilah web beliau untuk keterangan lebih lanjut di sini



saya baru saje terjumpa video produk luvlee ni..preview yg di tunjukkan pada web jualan mmg menarik mint saya untuk membelinya, tetapi masing ragu2 untuk mmbuat keputusan membeli..setelah saya membuat kaji selidik terhadap produk ini dan sokongan dari komen yang anda berikan lebih meyakin kn lagi untuk saya terus membeli produk grafik jualan ini..selepas saya menaip komen ini saya akn terus menempah Grafik jualan dgn segera..rasa x sabar pula nk belajar grafik ni..sekian terima kasih…
BroSKL´s last blog post..Buat kajian dan tukar-tukar pndapat
betul ke ni………
ke jual minyak je….
Jawapan saya ringkas sahaja..
Produk keluaran Luvlee memang berkualiti.
Sama-sama Bro SKL, tahniah kerana anda yakin dengan ulasan yang saya berikan. Jangan ragu2 dengan produk Luvlee, beliau merupakan antara designer tempatan yang terbaik.
sekarang saya dah boleh bermain dengan photoshop dengan bebas.. produk Kak LUV ni mmg betol2 membantu saya untuk meningkatkan lagi bakat grafik saya,,trimas
Syabas dan tahniah buat broSKL. Saya tumpang bangga dengan komitment anda