Zip Dan Unzip Fail

Video ini merupakan satu panduan asas berkaitan cara “unzip” dan “zip” fail menggunakan perisian alternatif yang diperolehi secara percuma.

Antara kesukaran yang sering berlaku pada mereka yang kekurangan informasi (newbie) adalah dalam proses mengestrak (unzip) fail-fail yang dienkrip. Antara tujuan sesuatu fail itu dienkrip adalah mengecilkan saiz fail yang besar ke satu fail yang lebih kecil.

Biasanya kebanyakan pengeluar (atau penjual) mana-mana produk digital (seperti ebook yang berformat “.pdf” atau video) memampat dan memformat fail asal ke bentuk “.zip”, “.rar” atau “.tar”. Permasalahan akan wujud sekiranya mereka tidak pernah atau kali pertama menjumpai istilah-istilah sedemikian!

Masalah kedua yang sering melanda adalah, “Bagaimana untuk zip (kecilkan) fail-fail yang telah dimuat-turun kembali ke format asal?”. Ini antara dilema yang sering menjadi masalah buat mereka.

Video durasi hampir 13 minit ini lengkap dengan penerangan dan ilustrasi untuk memudahkan para pengguna “newbie” memahami dan mempraktikkannya.

Ringkasan video ini adalah seperti berikut:

  • durasi sekitar 12.55 minit
  • format video adalah *.flv
  • cara-cara untuk mendapatkan perisian Jzip
  • cara-cara untuk install perisian Jzip
  • cara-cara untuk unzip (ekstrak) fail menerusi 4 kaedah:
    • open archieve
    • extract to
    • extract here
    • extract to folder
  • cara-cara untuk zip fail

Tonton Video Di Sini

http://komenebook.com/wp-content/uploads/2011/05/panduanjzip.mp4

link alternative sekiranya paparan di atas tidak dapat ditonton:


 

Selamat mempraktikkannya dan Semoga anda berpuas hati dengan video percuma yang diberikan ini :-)

Sebarang cadangan/komen untuk menambahbaik produk percuma ini amat-amat dialu-alukan. Hubungi rizaniaga.com/suppport dan kami bersedia mendengar cadangan/komen anda

Anda juga boleh tonton video percuma panduan setup blog wordpress ke hosting sendiri langah – demi langkah dengan klik pada pautan ini