Zip Oh Zip – Aku Takut Zip!!!, Ketakutan Seorang Newbie…

Adakah menjadi “newbie” ini satu perkara yang memalukan?. Inilah yang terjadi kepada saya sewaktu berkenalan dengan perisian zip sekitar tahun 1990an dulu. (Yup, this is one of my really true story).

Ya, masa tu saya betul-betul TAKUT dengan satu istilah yang dipanggil Winzip-dengan kata lain: “nak zip fail”. Time tu, pada pandangan saya yang cetek ilmu pengkomputeran ni, mereka yang pandai zip (mampatkan) dan unzip (ekstrak) fail itu adalah seorang yang hebat dan bijak.

Seingat saya, pada masa itu, zip boleh digunakan dengan dua kaedah, melalui MS-DOS (maaf jika saya tersalah, istilahnya lebih kurang macam ni la, pkzip dan pkunzip) dan windows versi 3.X. Sebab terlalu kagum dengan mereka-mereka yang pandai ni, saya selalu tengok bagaimana mereka mengunzip fail-fail tersebut.

Tapi malangnya, hanya tengok dan tengok dan tengok semata-mata, tanpa niat nak belajar. Masa tu, saya hanya suka main games dan langsung malas nak pikir tentang pentingnya benda-benda yang macam tu pada masa akan datang. (dah rugi besar saya masa tu!).

Pendek kata, saya banyak ingat kod (code) nak main games dari nak belajar apa-apa yang berkait dengan ilmu perkomputeran ini. Andaikata saya pernah mendengar istilah “newbie” pada masa itu, saya rasa sayalah orang pertama yang mengaku, saya newbie pasal zip dan unzip ni, hehehe.

Newbie tu apa ye?

Sebenarnya, istilah ni bergantung kepada perspektif individu. Bagi pendapat saya yang tak seberapa ni, newbie ni kita baru nak belajar mengenali, ada idea tentang perkara tersebut tapi tak tahu mendalam dan mempelajari sesuatu ilmu.

Sebagai contoh, memasang plugin pada blog wordpress, itu dipanggil newbie dalam bidang memasang plugin. Samalah juga ketika saya baru-baru mengenali Cpanel dan mempelajari cara menggunakan email seperti yahoo dan google. Dengan kata lain, pernah dengar tapi tak pernah mengalami pengalaman mengamalkannya (know for selected knowledge but not for application / implementation).

Berbalik kepada persoalan saya tadi. Malukah anda andaikata seseorang memanggil anda newbie? Jawapan saya – tidak, saya langsung tidak malu dipanggil newbie. Kita sebagai manusia yang sentiasa tidak sempurna, memang perlu mencari guru dan belajar bereksperimentasi melalui pengalaman. Bahkan, semakin banyak yang saya pelajari, semakin newbie dan kerdil saya rasa. Ajaibnya kuasa-NYA!!!

Terima kasih kerana sudi membaca post ringkas kali ini. Sebarang komen atau jika nak share pengalaman, boleh luahkan pada ruangan komen. Oleh itu, kepada sesiapa yang tidak pernah bereksperimentasi dengan perisian berasaskan “zip”. Saya ada tiga berita baik.

  1. Telah saya siapkan satu ebook percuma bertajuk “Panduan Penggunaan Jzip-langkah demi langkah“, edisi kemaskini 2010. Ebook ini menggunakan format “.pdf dan tak perlu diekstrak. Hanya klik dan simpan (save) pada drive pilihan anda.
  2. Berita baik kedua, anda boleh mengedarkan ebook Panduan Penggunaan Jzip tersebut secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang anda suka. Rujuk pada terma dan syarat yang telah dinyatakan. Sila laporkan kepada saya melalui ruangan hubungi andaikata anda dapati ebook ini dijual.
  3. Berita baik ketiga, pada muka surat terakhir, ada satu bonus/ kupon harga istimewa menanti anda…nak tahu selanjutnya, anda boleh lihat pada helaian terakhir ebook “Panduan Penggunaan Jzip“...khas untuk newbie atau sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat

p/s: cover ebook tersebut, saya akui kurang menarik, apa yang penting-fahami dan amalkannya.

Ini merupakan versi kemaskini iaitu Versi 1.5

Versi asal adalah 1 Ogos 2008

Untuk versi tutorial menerusi video pula dalam proses kemaskini.

Untuk mendapatkan ebook percuma ini, apa yang perlu anda lakukan adalah mengisi nama dan email anda pada ruangan yang disediakan. Sila pastikan email anda benar-benar wujud dan aktif untuk mengelakkan masalah “tak sampai” :-)

Headline

Related Posts with Thumbnails
Adakah Review Saya Berbaloi Dan Bermanfaat Buat Anda?
468 ad

10 Responses to “Zip Oh Zip – Aku Takut Zip!!!, Ketakutan Seorang Newbie…”

  1. aku masih lagi seorang newbie,dan selamanya akan menjadi newbie.Saya akan terus belajar dan belajar dan tidak akan henti belajar.saya harap dengan menggap diri ini newbie,tidak akan timbul rasa megah dengan ilmu yang saya miliki.hehehe

    paan’s last blog post..7 sebab kenapa aku dan kamu gagal buat duit melalui internet?(Part 1)

  2. admin says:

    terima kasih paan kerana sudi mengunjungi weblog saya. Satu ayat yang sungguh touching…especially ayat yang terakhir..so, it’s great become newbie right? :-)

  3. kekal newbie salamanya?

    …bak menyahut seruan belajar sepanjang hayat.Lagipun persepsi macam ni membuatkan kita sentiasa down 2 earth,

    dan pasti di RedhaiNya!

    wasalam,

    razizainon

  4. Salam. Hahaha…… hiiii saya memang takut dgn makhluk zip nih. Pasal ‘dia’ ni lah blog dot com saya tak dapat install plugin lagi…
    Masalah: Bila saya klik Add New
    Keluar arahan Ini:

    Install a plugin in .zip format
    If you have a plugin in a .zip format, You may install it by uploading it here.

    Kemudian saya klik Pilih Berkas, maka tersenarailah Plugins yang saya sudah download iaitu; add-to-any, easy-contact dan wp-spamfree.

    Seterusnya apabila saya klik add-to-any pula, pada bahagian Files of type tidak keluar apa-apa pilihan, tapi ada bahagian utk di -/ ‘Open as read-only.

    Sedangkan dalam ebook panduan install wordpress pada bahagian Files of type, saya sepatutnya memilih ‘All Files’.

    Jadi, bila saya klik ‘open’,

    Install a plugin in .zip format

    If you have a plugin in a .zip format, You may install it by uploading it here.

    DAN KLIK Install Now, akan keluar hasil seperti di bawah;

    Unable to create directory /home/arabmy/public_html/wp-content/uploads/2009/06. Is its parent directory writable by the server?

    Adehhhh, fenatlah….. apa pun saya berpegang pada dr.SAM (dua rakaat, selesai all masalah). Cuma belum solat hajat lagi…..

    • admin says:

      Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah di sini. Apa yang saya faham di sini, MyKrk cuba upload segala plugin dengan menggunakan format *.zip. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, terdapat dua cara:

      1) ekstrak (seperti dalam ebook percuma yang telah saya berikan atau tonton sahaja menerusi mini-video yang telah saya letakkan di sini) dan cuba upload secara manual

      2) untuk mengelakkan berlaku masalah “Is its parent directory writable by the server?”, saya sarankan MyKrk gunakan opsyen CHMOD dan tukarkan setting asal dari 644 ke 666 / dari 755 ke 777

      Sejujurnya, saya lebih suka gunakan kaedah pertama (1) di atas, iaitu:

      a) download dulu plugin yang dipilih,
      b) ekstrak dan
      c) upload pada server

      Setakat praktis yang saya lakukan sehingga kini (dengan kaedah pertama) ianya langsung tidak mendatangkan masalah.

      Jika MyKrk masih mempunyai masalah dengan ini, MyKrk boleh hubungi saya di ruangan support untuk saya bantu MyKrk mengatasi masalah tersebut.

  5. MasyaAllah, selepas komen di sini, saya cuba lagi (dah hampir seminggu sebenarnya ‘ujian’ ini saya hadapi) Maha Pemurahnya Allah, saya dapat ilham untuk periksa apa yang saya sudah upload di Filezilla. Aik, kosong!

    Saya tenangkan hati, buat satu-satu:
    - fail zip tu saya ekstrak
    - delete fail kosong tu
    - upload semula sambil pastikan bahagian Remote site saya setkan : /public_html/wp-content/plugins.

    Bila check semula ke dashboard, wow! Alhamdulillah wujud dah……yuhu…..

    Pagi-pagi, Rizal sms kata dah reply komen. Ha, betul sebijik macam yang Allah ilhamkan malam tadi. Sebenarnya En.Shamsuriyadi pun dah ajar bila saya kemukakan masalah ni. Tapi, yelah newbie…… newbielah jugak……terasanya aku ni newbie……..

    Kepada yang nak bina blog dot com tu, silalah beli produk SmartZul ini daripada En.Sham ke, Rizal ke (maaf kepada yang lain – saya belum ada pengalaman berurusan dgn mereka) sebab servis lepas jualan mereka ni pantas dan memuaskan hati. Semata-mata membaca ebook belum pasti kita dah faham, sbg pembeli kita perlukan penjual yang boleh balas email kita apabila menghadapi masalah.

    Al-maklum…..NEWBIE…….

    mykrk´s last blog post..GALERI: فى الفصل , di dalam kelas

    • Dah seminggu dah? Saya tumpang simpati. Jika MyKrk ada apa2 masalah, ajukan sahaja ya. Saya cuba jawab setakat saya tahu. Jika saya tak tahu, saya akan ajukan permasalahan tersebut kepada yang lebih arif dari saya.

      Cuma mungkin masalah masa yang jadi kekangan. Namun saya akan cuba selesaikan setiap masalah pelanggan sedia ada atau mana-mana pelawat dengan seberapa segera, walaupun kerjaya internet yang saya lakukan ini hanyalah sambilan sahaja.

      Apapun, Syukurlah…masalah MyKrk dah selesai. Saya pun tumpang gembira masalah MyKrk dah selesai. :grin: . Dah nampak kat situ pentingnya selalu BERDOA bila sedaya upaya berusaha.

      Saya pun dah tengok blog baru MyKrk sepintas lalu, Menarik dan Bermaklumat . Bolehla kita bertukar-tukar link lepas ni ya MyKrk. Harap MyKrk sudi menjadi kenalan online saya :mrgreen:

  6. Terima kasih bebanyak kepada Tuan Rizal kerana sanggup berkongsi ilmu secara percuma semoga Allah memberkati usaha dan jasa saudara. Sebagai orang baru dalam bidang komputer amat banyak yang belum saya ketahui dan telah banyak menghabiskan duit untuk belajar secara beli ebook tetapi setelah dapat ebook saya tak faham dan tak tahu nak buat apa-apa kerana penerangan yang teramat ringkas dan bila saya ajukan pertanyaan tak berbalas dan ada yang balas pun hanya berjanji akan kemaskinikan penerangan di ebook masing-masing. Tetapi cara saudara Rizal memberikan panduan amat berkesan bagi saya yang serba kekurangan ini. Syabas dan terimakasih saudara Rizal.

    • Sama-sama kembali saya ucapkan kepada Wan Kemaman. Ebook percuma ini dan penerangan versi youtube tersebut masih banyak kekurangan yang masih belum sempat saya kemaskini. Jika Wan Kemaman mempunyai sebarang masalah, sila hantar tiket ke ruangan support saya di http://rizaniaga.com/support

Leave a Reply

CommentLuv Enabled